10 Lokasi Makanan Daun Pisang Popular

Makanan daun pisang merupakan antara makanan paling popular serta kegemaran orang ramai di Malaysia. Ia adalah satu set makanan yang lengkap dan lazat untuk dinikmati terutamanya pada waktu tengah hari. Berikut disenaraikan beberapa lokasi makanan daun pisang popular di sekitar Lembah Klang:

mollaga
Sumber: Facebook Mollagaa Restaurant

1) Mollagaa Restaurant

Terletak di Ampang, Kuala Lumpur, restoran Mollagaa menghidangkan juadah makanan daun pisang yang paling lazat untuk para pelanggannya. Antara hidangan yang mendapat tarikan orang ramai adalah cheesy chicken lolipop, chicken 65, ketam masala diikuti pencuci mulut yang mendapat sambutan pelanggan ialah elaneer payasam, kesari dan kulfi. Jangan lepaskan peluang menikmati juadah lazat ini jika anda singgah di sekitar Ampang.

Sumber: Instagram ainaeats_

2) Devi’s Corner

Adakah anda peminat kari ketam? Jika ya, kunjungi Devi’s Corner untuk menikmati kari ketam paling sedap dan popular di sini. Jangan lupa makan mango chutney yang enak bersama kari dhal ketika anda menjamu selera bersama makanan daun pisang. Ia lebih lazat jika anda membanjiri nasi putih dengan tiga jenis kari diikuti kari ketam yang dijamin sedap untuk dimakan.

nirwana
Sumber: Facebook Sri Nirwana Maju

3) Sri Nirwana Maju

Hidangan daun pisang dengan nasi, tiga jenis sayur, kari (ayam, ikan atau dhall), dan papadum akan memenuhi cita rasa penggemar makanan daun pisang. Peria goreng yang ranggup adalah pilihan sayur pelanggan restoran ini disamping lauk sampingan seperti kambing, ikan goreng berempah, ayam goreng dan lain-lain. Terletak berhampiran Bangsar Village 2, restoran Sri Nirwana Maju sentiasa mempunyai ramai pelanggan terutamanya ketika makan tengah hari. Pastikan bergerak awal jika anda tidak ingin melepaskan peluang menjamu selera di sini.

4) Fathima Banana Leaf

Terletak berhampiran LRT Bangsar, Fathima Banana Leaf menghidangkan makanan rempah ratus yang lazat dengan pelbagai jenis kari. Kari ayam, kambing, rasam, dhal, ikan, raitam, ikan varuval dan lain-lain dimasak khas oleh tukang masak dari India Selatan. Rasai keenakan makanan di sini bersama keluarga dan rakan anda pada hujung minggu atau hari bekerja.

kannacurryhouse
Sumber: www.kannacurryhouse.com

5) Kanna Curry House

Restoran yang dilengkapi kemudahan penghawa dingin dan berkelengkapan penuh menjadi tarikan orang ramai untuk menjamu selera di sini. Kanna Curry House yang terletak di Petaling Jaya mempunyai menu paling laris yang terdiri daripada sotong goreng bersama bawang goreng dan daun kari. Ia merupakan antara restoran yang menghidangkan nasi daun pisang selama lebih tiga puluh tahun dan telah memenangi pelbagai anugerah. Selain itu, terdapat pelbagai lauk yang terdiri daripada ikan tenggiri goreng, cutlet, kambing varuval, sambal udang, vadai, kari ketam, payasam dan sebagainya yang boleh anda nikmati bersama nasi.

6) Sham’s Restaurant

Sham’s Restaurant menghidangkan nasi daun pisang dilengkapi dengan pelbagai jenis sayuran bersama tiga jenis kuah pilihan pelanggan. Selain makanan daun pisang, restoran ini turut menyediakan makanan dalam bentuk ‘claypot rice’. Ia mendapat sambutan daripada pelanggan kerana makanan ini kaya dengan rasa rempah ratus yang pedas dan lazat untuk dimakan. Nikmati pengalaman menjamu selera luar biasa dengan sambal kambing dan ayam goreng 65 bersama nasi daun pisang anda.

saravana
Sumber: Facebook Saravanaa Bhavan

7) Saravana Bhavan

Saravana Bhavan merupakan salah satu restoran popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia mempunyai beberapa cawangan di seluruh dunia termasuk di Hong Kong, U.S.A, Australia dan lain-lain yang menghidangkan pelbagai jenis makanan vegetarian sahaja.

saravana bhavaan
Sumber: Facebook Saravanaa Bhavan

Jangan risau anda boleh menikmati variasi makanan India yang terdiri daripada Paneer Butter Masala, Chettinad Spicy Masala Cheese Dosa, Keerai Kothu, Salad dan sebagainya.

aunty
Sumber: Aunty Manjus Banana Leaf Restaurant

8) Aunty Manju’s Home Of Banana Leaf

Sekiranya anda berada di sekitar Taman Tun Dr Ismail ketika makan tengah hari atau malam, pastikan singgah di Aunty Manju’s Banana Leaf untuk menjamu selera makanan daun pisang. Kari ikan penuh dengan rasa pedas yang kaya dengan rempah ratus lazat adalah kegemaran ramai pelanggan.

aunty manju fb
Sumber: Facebook Aunty Manjus Banana Leaf Restaurant

Selepas makan makanan yang berat, anda boleh lengkapkan juadah ini dengan segelas ‘Mooru’ ais untuk proses penghadaman. ‘Mooru’ adalah sejenis minuman yang diperbuat daripada yogurt dan beberapa remah ratus diminum selepas makan makanan berempah oleh kaum India.

9) Bala’s Banana Leaf

Terkenal sejak tahun 1970, Bala’s Banana Leaf merupakan restoran terkenal yang terletak di Bangsar. Makanan daun pisang bersama lauk yang kaya dengan rempah ratus seperti ikan goreng, ayam gorang, kari telur dan sebagainya. Di samping makanan daun pisang, restoran ini turut terkenal untuk hidangan thosai yang unik.

bala
Sumber: Instagram @______as___

Antara thosai yang mendapat sambutan pelanggan adalah beetroot thosai yang diperbuat daripada sayur beetroot. Jangan terkejut jika anda menjumpai thosai nenas, bayam, lobak merah, oat dan sebagainya di sini.

curry leaf rest fb
Sumber: Facebook Curry Leaf Restaurant

10) Curry Leaf Restaurant

Teringin makan hidangan utara dan selatan India di satu restoran? Jangan risau kerana anda boleh menjumpai kedua-dua hidangan ini di Curry Leaf, Damansara. Nasi daun pisang dihidangkan panas dengan pelbagai lauk sampingan. Selain itu, terdapat hidangan lain seperti roti, naan dan tandori, briyani, ayam goreng 65, kambing dan sebagainya. Anda juga boleh menikmati hidangan set thali yang mempunyai kambing varuval, dua jenis sayur, buah, kari, chappati, nasi dan papadum dengan harga berpatutan.

 

chicken 65 curry leaf
Sumber: Facebook Curry Leaf Restaurant

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!