Bahaya Migrain Yang Perlu Diawasi

Penyakit migrain merupakan satu gangguan kesihatan yang dialami seseorang dalam bentuk sakit kepala. Secara umumnya terdapat dua jenis sakit kepala yang boleh dialami oleh seseorang di mana sakit kepala berpunca daripada ketegangan yang dikenali sebagai ‘tension headache’. Manakala sakit kepala berterusan pula dikenali sebagai migrain. Anda perlu mengetahui bahawa kedua-dua jenis sakit kepala ini amat berbeza.

Ramai masih kurang mempunyai kesedaran dan pendedahan terhadap masalah kesihatan ini kerana mereka menganggap ia sebagai sakit biasa dan bersifat sementara. Kesakitan migrain perlu diberi perhatian kerana ia merupakan sejenis sakit kepala yang menyerang berulang kali di sebahagian kepala sehingga menganggu akitiviti harian pesakit.

Oleh itu, ia adalah penting untuk mengetahui punca, simptom dan kesan migrain supaya anda lebih berwaspada menjaga kesihatan diri. Migrain yang tidak dirawat mampu memberi kesan secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan harian seseorang.

Punca migrain

Gangguan kesihatan ketiga paling besar di dunia ini iaitu migrain adalah satu keadaan neurologi kompleks yang mempengaruhi kehidupan seharian. Ia berlaku apabila saluran darah di kepala mengembang lebih besar daripada biasa. Urat saraf sensori yang mengesan rasa sakit pada dinding saluran darah menjadi terangsang dan menghantar isyarat sakit ke otak.

Antara punca seseorang mengalami serangan migrain adalah akibat tekanan, angin ahmar, kegelisahan, perubahan hormon, kemurungan, bunyi bising, tabiat merokok, sesetengah jenis makanan seperti kopi, teh, keju dan sebagainya.

Simptom

Bagi mengetahui sama ada anda mengalami migrain atau tidak adalah dengan memahami gejala atau simptom penyakit ini. Simptom umum migrain adalah sakit kepala yang berterusan dalam jangka masa dua hingga tiga hari. Selain itu, anda boleh mengalami sakit yang lebih teruk di mana biasanya terjadi pada sebelah kepala dengan berdenyut-denyut dan boleh menjadi teruk apabila anda melakukan aktiviti fizikal.

Gejala lain yang boleh dialami seseorang ialah pening, loya, muntah, cirit-birit dan sensitif terhadap bunyi dan cahaya. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom disenarai, anda perlu segera menjumpa pakar kesihatan untuk dapatkan rawatan selanjutnya.

Kesan

Kesan penyakit migrain amat ketara sehingga ia boleh menjejaskan urusan seharian dan gaya hidup seseorang. Serangan migrain yang berulang-ulang akan menghadkan produktiviti individu terutamanya ketika mereka melakukan kerja di pejabat atau tempat lain.

Selain itu, serangan migrain yang sangat teruk dan berpanjangan akan menganggu kualiti tidur dan menjadi punca seseorang mengalami penyakit angin ahmar. Migrain yang kerap boleh mengganggu kualiti kehidupan seharian anda. Sekiranya anda mengalami sakit kepala jenis ini, sila dapatkan rawatan supaya dapat mengawal gejala ini serta menjamin kualiti hidup yang baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!