Penyerahan MPV Baharu Kepada Kontinjen PDRM Sabah

Satu majlis penyerahan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kota Kinabalu, Sabah pada 8 September 2020 yang lalu.

Sejumlah 25 unit kenderaan MPV jenis Honda Civic 1.8S telah diserahkan pada hari tersebut untuk kegunaan rondaan dan pencegahan jenayah oleh PDRM Kontinjen Sabah. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH Datuk Hazani Ghazali dan diiringi oleh Pengurus Wilayah Sabah dan Sarawak SPANCO, Encik Richard Velayuthan.

Kenderaan MPV baharu yang dibekalkan oleh SPANCO ini adalah bagi menggantikan sebahagian kereta peronda sedia ada yang telah usang dan tidak sesuai lagi digunakan.

Kenderaan ini dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka (dashcam), kamera perakam video digital mudah alih (DVR) dan kit MPV yang mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan pasukan PDRM dalam melaksanakan tugasan.

Pada pertengahan tahun ini, sebanyak 425 kereta peronda telah diperuntukkan kepada kontinjen-kontinjen PDRM di seluruh negara. Pengagihan kereta secara berperingkat telah mula dibekalkan kepada PDRM sejak majlis penyerahan berlangsung di Putrajaya pada bulan Jun lepas.

mpv sabah 1

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Penyenggaraan Asas Kenderaan Yang Perlu Anda Ketahui

Sebagai pemandu kenderaan yang bertanggungjawab, ia adalah penting untuk anda melakukan penyenggaraan berkala kenderaan dari semasa ke semasa. Pemeriksaan asas terhadap komponen kereta boleh...

Panduan Penyesuaian Cermin Sisi Kenderaan

Cermin sisi merupakan satu komponen keselamatan penting yang terdapat dalam sesebuah kenderaan. Ia memainkan peranan utama dalam mengurangkan titik buta pemandu sekiranya ia dilaraskan...

Bahaya Migrain Yang Perlu Diawasi

Penyakit migrain merupakan satu gangguan kesihatan yang dialami seseorang dalam bentuk sakit kepala. Secara umumnya terdapat dua jenis sakit kepala yang boleh dialami oleh...

10 Lokasi Selam Skuba Menarik Di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan kepelbagaian lautan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara gemar melancong ke pulau-pulau di negara ini...

Penyerahan MPV Baharu Kepada Kontinjen PDRM Sabah

Satu majlis penyerahan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!