Fungsi Dan Penjagaan Brek Kenderaan

Brek adalah satu komponen kenderaan yang ada kalanya kurang diberi perhatian oleh pemandu. Ia berfungsi untuk mengawal, memperlahankan dan memberhentikan kenderaan ketika memandu di atas jalan raya. Komponen ini amat penting untuk diselenggara bagi memastikan keberkesanannya pada situasi kecemasan yang tidak diduga. Sebagai pemandu kenderaan adalah penting bagi anda untuk mengetahui fungsi asas dan penjagaan sistem brek kenderaan supaya anda tidak mengalami sebarang kesukaran ketika memandu.

Fungsi Brek Kenderaan

Tahukah anda terdapat dua jenis brek digunakan pada kenderaan anda? Kebanyakan kenderaan moden kini menggunakan gabungan brek cakera pada roda depan manakala brek gelendong digunakan pada roda belakang. Namun, masih terdapat pengeluar kenderaan yang menggunakan brek cakera pada kedua-dua bahagian roda. Oleh itu, penggunaan jenis brek bergantung pada jenis kenderaan anda.

Brek cakera yang juga dikenali sebagai ‘disc brake’ adalah cakera berbentuk bulat yang berpusing dengan roda untuk melambatkan putaran roda apabila anda membrek kenderaan. Sepasang pelapik brek akan mencengkamkan set pad brek pada cakera supaya anda dapat menghentikan cakera yang berpusing tersebut. Brek jenis ini mempunyai kebolehan penghentian dan pelepasan haba tinggi daripada brek lain.

Brek gelendong atau lebih dikenali sebagai ‘drum brake’ merupakan sejenis brek yang mewujudkan geseran berpunca daripada kasut brek yang menekan permukaan dalaman gelendong berputar. Apabila anda menekan pedal brek, tekanan cecair dalam sistem meningkat dan memberi tekanan pada omboh silinder.

Dengan wujudnya daya geseran antara pad dan dram ia akan memperlahankan kelajuan roda kereta serta memberhentikannya. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai brek parkir kerana ia mengunci tayar apabila kenderaan berada dalam keadaan tidak bergerak.

Penggunaan kedua-dua jenis brek dalam kenderaan adalah untuk memastikan ia menghasilkan prestasi membrek secara lancar ketika kecemasan dan berfungsi dengan baik di atas jalan raya licin. Kereta terdorong ke depan ketika membrek di mana sebahagian besar kerja memberhentikan kereta akan ditampung oleh brek depan. Oleh itu, ia menyebabkan brek depan lebih cepat haus berbanding brek belakang.

Kehausan brek berbeza mengikut cara pemanduan setiap individu. Brek lebih cepat haus atau menipis apabila pemandu menekan brek secara agresif berbanding pemandu yang menekan brek secara perlahan dan cermat. Sekiranya anda sentiasa menekan brek dan melalui lalu lintas yang sesak, ia mempunyai kecendurungan mengalami masalah kehausan brek dengan cepat. Bagi mengelakkan masalah kehausan brek, anda boleh menggunakan gear rendah ketika memandu kenderaan supaya enjin mengawal kelajuan kereta.

Tips Penjagaan Brek

Memandu kenderaan dengan sistem brek yang rosak akan meningkatkan peluang berlakunya kemalangan jalan raya. Kenderaan anda biasanya akan memberi beberapa tanda awal sekiranya ia mempunyai sebarang masalah atau kerosakan. Oleh itu, bagi meningkatkan jangka hayat brek kenderaan, anda perlu sentiasa menjaga cara anda membrek kenderaan seperti berikut:

1) Elakkan brek mengejut

Brek mengejut akan menghasilkan banyak haba ketika anda menekan brek. Penghasilan haba tinggi akan cepat menipiskan atau menghauskan pad brek serta berpotensi untuk menyebabkan kemalangan langgar belakang. Anda perlu memijak pedal brek dengan perlahan sebaik anda melihat kenderaan di depan memperlahankan kenderaan atau sentiasa membrek.

2) Brek secara cermat

Pastikan anda sentiasa brek secara cermat dengan menggunakan daya sederhana semasa menekan brek. Ia juga menjimatkan minyak dan tayar brek serta suspensi kenderaan bertahan lama. Elakkan tabiat mengikut kenderaan hadapan secara rapat kerana ia meningkatkan kecenderungan membrek secara kuat hingga pijak pedal brek sampai cecah lantai.

3) Elakkan memecut

Ramai masih mengamalkan tabiat memecut ketika lampu trafik bewarna kuning. Perkara ini perlu dielakkan kerana ia cepat menghauskan brek serta meningkatkan kemalangan dan menyebabkan pemandu berada dalam keadaan cemas.

4) Jaga jarak kaki dengan pedal brek

Sentiasa pastikan jarak kaki anda dengan pedal brek dekat supaya dapat mengelakkan situasi hilang pedal brek apabila anda ingin membrek di situasi kecemasan. Hal ini juga mampu mengelakkan situasi brek mengejut dan meningkatkan jangka hayat pedal brek kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!