Kenali Warna Asap Ekzos Dan Punca Masalah

Warna asap kenderaan yang keluar daripada paip ekzos adalah petunjuk awal jika terdapat kerosakan pada sesuatu komponen kenderaan anda. Lazimnya, terdapat empat jenis warna asap ekzos berbeza, menunjukkan masalah berlainan yang mungkin wujud. Ketahui semua jenis warna asap ekzos dan punca masalahnya sebagai langkah mengesan kerosakan terhadap kenderaan anda:

1) Asap hitam

Asap hitam yang keluar daripada ekzos kereta berpunca daripada kekurangan udara dalam enjin kereta. Kekurangan udara ini meningkatkan keperluan bahan api berlebihan untuk proses pembakaran. Sekiranya kenderaan anda mengeluarkan asap hitam, anda disarankan untuk memeriksa penapis udara yang berkemungkinan tersumbat atau injektor bahan api mengalami kerosakan.

2) Asap putih

Pengeluaran asap putih untuk beberapa saat selepas menghidupkan enjin adalah perkara biasa berlaku pada waktu pagi atau ketika proses pemeluwapan. Namun, perhatian perlu diberi apabila asap putih yang tebal keluar daripada muncung ekzos kenderaan anda. Hal ini kerana ia menandakan minyak pelincir memasuki kebuk pembakaran serta berlakunya kerosakan pada enjin kenderaan anda. Selain itu, asap putih juga menunjukkan terdapat kerosakan pada gasket silinder. Oleh itu, segera hantar kenderaan anda untuk dibaiki sekiranya terdapat asap putih yang tebal sebelum risiko kerosakan serius berlaku.

3) Asap kelabu

Asap kelabu keluar apabila enjin membakar minyak transmisi daripada silinder atau terdapat kerosakan pada gelang piston. Anda perlu memerhatikan dengan baik supaya pembaikan dapat dilakukan segera sebagai langkah pemulihan. Selain warna asap, anda juga dapat menghidu bau terbakar yang menunjukkan masalah pada komponen pengecas turbo. Segera baiki apa yang patut bagi mengelak kos pembaikan yang lebih tinggi.

4) Asap biru

Asap berwarna biru biasanya keluar apabila terdapat masalah yang berkaitan dengan enjin kenderaan. Hal ini berlaku ketika enjin anda sedang membakar minyak hitam akibat kerosakan kedap injap atau gelang piston haus. Selain itu, sekiranya asap biru keluar ketika memecut, ia menunjukkan gelang piston mengalami kerosakan berpunca daripada kepala silinder. Sila bawa kenderaan ke bengkel berdekatan sebagai langkah pencegahan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

SPANCO Sumbang RM500,000 Kepada Tabung Pahlawan 2020

KUALA LUMPUR, 26 Nov - SPANCO Sdn Bhd hari ini menyerahkan sumbangan RM500,000 kepada Kempen Tabung Pahlawan 2020 sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan para...

Tersadai Di Tengah Jalan? 10 Barang Ini Wajib Ada Dalam Kenderaan Anda

Kereta tiba-tiba rosak di tengah jalan? Tiada siapa di sebelah untuk membantu anda? Mengapa menunggu bantuan orang, sedangkan anda boleh lebih berwaspada dengan membawa...

Pengelap Cermin Punca Kemalangan, Ikuti 6 Petua Penjagaan Pengelap Cermin Ini!

Sentiasa berfikiran bahawa pengelap cermin hanya penting semasa hujan? Tahukah anda tanpa alat penting ini anda akan mengalami kesukaran dalam memandu kenderaan ketika hujan...

Warisan Seni Tembaga Yang Kian Dilupakan

Seni kraf adalah warisan peninggalan moyang yang melambangkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat dan tamadun. Ia perlu dipertahankan dan diwariskan kepada generasi akan datang...

Bosan Bekerja Dari Rumah? 10 Lokasi Hotel Ini Menawarkan Pakej WFH Menarik!

Bosan bekerja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)? Melihat dinding dan persekitaran rumah setiap hari membosankan anda? Usah risau lagi kerana...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!