Melindungi Diri Daripada Pembuli Jalan Raya

Keganasan di jalan raya biasanya tercetus akibat perbalahan antara pemandu kenderaan. Ianya lebih-lebih lagi apabila pihak terlibat tidak dapat mengawal emosi. Oleh itu, untuk menjadi seorang pemandu berhemah anda perlu mengetahui cara mengelakkan diri daripada terperangkap di dalam situasi tersebut. Disenaraikan beberapa langkah yang boleh diamalkan:

1) Jaga jarak kereta depan

Sentiasa jaga jarak kenderaan anda daripada kenderaan di hadapan demi meminimumkan risiko kemalangan akibat sikap kecuaian pemandu lain. Terdapat pemandu yang tidak memberi isyarat sebelum menukar lorong, suka menyelit, dan membrek secara tiba-tiba sehingga mencetuskan perbalahan antara pemandu.

2) Pasang kamera pemuka atau rakam video

Anda boleh memasang kamera pemuka atau lebih dikenali sebagai ‘DASHCAM’. Peralatan ini berfungsi sebagai bukti kejadian sekiranya anda terlibat dalam kes pembuli jalan raya.

3) Hubungi pihak berkuasa

Jika anda berdepan dengan pembuli jalan raya, segera melaporkan kejadian tersebut di balai polis berhampiran. Catatkan nombor pendaftaran kenderaan itu supaya pihak berkuasa dapat mengenal pasti pembuli tersebut dan mengambil tindakan sepatutnya dengan segera.

4) Mengawal emosi

Sikap sabar amat penting dalam kalangan pemandu kerana terdapat pelbagai ragam di jalan raya yang kita tidak dapat kenal pasti. Walaupun anda bertembung dengan pemandu yang memandu kenderaan secara agresif, anda perlu sabar menghadapi situasi ini daripada mengikut serta mereka dan terlibat dalam pergaduhan.

5) Elakkan daripada perbalahan

Sekiranya anda berasa terancam akibat sikap pemandu yang cuai, agresif, dan bertindak ganas, anda digalakkan untuk bertenang tanpa bertindak balas terhadap kelakuan mereka. Teruskan memandu kenderaan secara selamat dan abaikan pembuli tersebut. Tindakan sedemikian akan melindungi anda dan pemandu lain daripada menghadapi sebarang masalah di atas jalan raya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!