Lokasi Berbasikal Menarik Di Semenanjung Malaysia

Berbasikal kini menjadi aktiviti kegemaran ramai individu. Mengayuh basikal sambil menikmati pemandangan yang luas dan indah menyebabkan aktiviti riadah ini lebih seronok untuk dilakukan. Kenali tempat berbasikal yang menarik dan lalui laluan mencabar sambil mengenali tempat-tempat cantik di Malaysia.

Perdana-Botanical-Garden (blog.traveloka.com)
Sumber: blog.traveloka.com

1) Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Taman Botani Perdana atau lebih dikenali sebagai Taman Tasik Perdana adalah lokasi berbasikal paling menarik di Kuala Lumpur. Nikmati panorama Taman Botani yang dikelilingi kehijauan flora sambil mengayuh di trek basikal yang luas bersama ahli keluarga atau rakan anda.

Malaymail
Sumber: Malaymail.com

2) Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Terletak berhampiran Jalan Tun Razak, Taman Tasik Titiwangsa merupakan antara taman riadah paling terkenal di ibu negara. Selain aktiviti senaman, riadah air dan taman permainan kanak-kanak, terdapat laluan berbasikal yang luas disediakan oleh pihak pengurusan bagi orang ramai. Anda boleh berbasikal sambil menikmati keindahan alam sekitar yang diurus dengan baik oleh pihak pengurusan.

ADRENALIN FEST 2018
Sumber: MZR Group

3) Taman Cabaran Putrajaya

Adakah anda peminat berbasikal di trek mencabar? Anda boleh mengunjungi Taman Cabaran Putrajaya yang mempunyai laluan berbasikal mencabar dengan jarak 9.1 kilometer. Terdapat dua kategori lasak yang disediakan iaitu MTB dan kitar BMX dikelilingi oleh kawasan hutan. Jangan risau, sekiranya anda tidak mempunyai basikal bukit, anda boleh menyewa di sini dengan harga berpatutan.

hulu langat (foldingtales.com)
Sumber: foldingtales.com

4) Hulu Langat, Selangor

Mulakan perjalanan berbasikal anda dari Kuala Lumpur ke Hulu Langat yang hanya mengambil masa dalam sejam dengan melalui jalan yang lengang. Persekitaran desa yang tenang dan santai memberi pengalaman berbasikal yang sempurna. Anda juga akan menemui bukit-bukau, sungai, air terjun dan kawasan perkampungan sepanjang perjalanan anda.

teluk
Sumber: Instagram sarahhy0r1n

5) Teluk Bahang, Pulau Pinang

Lalui pengalaman berbasikal di sepanjang Teluk Bahang yang aman sambil menghirup udara segar di kawasan ini bersama rakan basikal anda. Kawasan tenang dengan pemandangan khazanah alam sesuai dilalui pada waktu awal pagi atau petang.

gertak (bikecommuteusm)
Sumber: Instagram bikecommuteusm

6) Gertak Sanggul, Pulau Pinang

Bermula basikal dari Bayan Lepas, anda akan melalui pemandangan yang indah dan menarik sepanjang menuju ke Gertak Sanggul. Pantai yang cukup tenang dan cantik di lokasi ini akan mendamaikan fikiran anda daripada sebarang masalah. Bagi individu yang suka laluan mencabar, terdapat laluan mencabar bagi anda menerokai dari Bayan Lepas.

118274832_901236576949903_8542500586266595711_n
Sumber: Instagram faeznavas_official

7) Tasik Kenyir, Terengganu

Penunggang basikal di Terengganu jangan lepaskan peluang berkayuh di Tasik Kenyir.
Tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara ini akan memberi anda pengalaman berbasikal yang luar biasa.

tasik
Sumber: Instagram hariskimie_

Di samping mengayuh basikal, anda juga boleh melakukan aktiviti mengunjungi Taman Negara, gua, mandi manda di air terjun, memancing, memerhati burung dan sebagainya di sini.

Sumber : Facebook Pasir Belanda Resort Travel

8) Pasir Belanda, Kelantan

Suasana santai Pasir Belanda dengan pemandangan yang memukau jiwa menjadi tarikan orang ramai. Berbasikal di sepanjang kawasan perkampungan sambil menikmati suasana kampung dan budaya warga Kelantan akan memberi anda satu pengalaman baharu.

pasir belanda (pasirbelanda.com)
Sumber: pasirbelanda.com

Anda boleh berbasikal sambil singgah di kawasan perkampungan, bertemu pembuat layang-layang, penenun songket, dan lain-lain.

mp
Sumber: Velvetcandle

9) Gunung Pulai, Johor

Gunung Pulai di Johor sememangnya laluan terbaik untuk berbasikal kerana anda dapat melalui kawasan hutan yang penuh dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan. Nikmati keindahan panorama hutan sambil menghirup udara segar di sepanjang laluan. Anda juga boleh berehat seketika dengan bermandi manda atau menyegarkan diri di air terjun sebelum menuju ke penamat lokasi ini.

simpang
Sumber: Instagram bkarthi

10) Simpang Arang, Johor

Penunggang basikal yang gemar ‘berinstagram’ serta suka menerokai tempat berbasikal ‘Instagrammable’ di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk mengayuh basikal di Kampung Simpang Arang. Anda boleh mengunjungi sebuah kampung Orang Asli di samping menyaksikan perusahaan kayu arang tradisional.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Penyenggaraan Asas Kenderaan Yang Perlu Anda Ketahui

Sebagai pemandu kenderaan yang bertanggungjawab, ia adalah penting untuk anda melakukan penyenggaraan berkala kenderaan dari semasa ke semasa. Pemeriksaan asas terhadap komponen kereta boleh...

Panduan Penyesuaian Cermin Sisi Kenderaan

Cermin sisi merupakan satu komponen keselamatan penting yang terdapat dalam sesebuah kenderaan. Ia memainkan peranan utama dalam mengurangkan titik buta pemandu sekiranya ia dilaraskan...

Bahaya Migrain Yang Perlu Diawasi

Penyakit migrain merupakan satu gangguan kesihatan yang dialami seseorang dalam bentuk sakit kepala. Secara umumnya terdapat dua jenis sakit kepala yang boleh dialami oleh...

10 Lokasi Selam Skuba Menarik Di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan kepelbagaian lautan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara gemar melancong ke pulau-pulau di negara ini...

Penyerahan MPV Baharu Kepada Kontinjen PDRM Sabah

Satu majlis penyerahan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!