SPANCO Mengedarkan Pelitup Muka Khas Sempena Bulan Kebangsaan

Sempena Bulan Kebangsaan pada tahun ini, SPANCO telah mengedarkan pelitup muka khas kepada para pelanggan dan pengguna sebagai satu inisiatif bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19. Pelitup muka edisi terhad jenis fabrik tersebut dikeluarkan dalam dua rekaan iaitu warna hitam dengan logo SPANCO dan warna putih dengan lambang Jalur Gemilang. Ia sekaligus dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam menyambut bulan yang istimewa ini.

mask spanco

 

Pelitup muka fabrik ini boleh digunakan berulang kali dengan syarat dicuci bersih setiap kali penggunaan. SPANCO telah memastikan pelitup muka yang diedarkan ini mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu mempunyai ketebalan sebanyak tiga lapisan yang terdiri daripada lapisan dalam, tengah dan luar.

Ketiga-tiga lapisan dengan kualiti bahan berbeza ini memainkan peranan yang berbeza bagi mengekang penyebaran virus dan kuman. Lapisan dalam dari jenis ‘hidrofilik’ mempunyai ciri penyerapan titisan cecair, manakala lapisan tengah pula merupakan bahan bersifat menghindar penyerapan cecair iaitu ‘hidrofobik’ yang menapis titisan cecair kecil yang diperbuat daripada bahan sintetik bukan tenunan. Bahagian luar pelitup muka fabrik pula menggunakan bahan bersifat menghindar penyerapan air iaitu ‘hidrofobik’ yang mengehadkan pencemaran yang berpunca dari luar.

Di samping itu, penggunaan pelitup muka jenis fabrik ini juga dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada pelupusan pelitup muka pakai buang yang tidak mengikut prosedur.

mask

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Tanda-Tanda Alternator Kereta Rosak

Alternator merupakan komponen penting dalam kenderaan yang jarang diberi perhatian sewajarnya oleh pemandu kereta. Ia berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik untuk kereta. Pengabaian penjagaan...

5 Tips Melindungi Kereta Daripada Cahaya Matahari

Cuaca panas terik bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap individu, malah kenderaan yang terdedah pada cuaca panas melampau juga boleh mengalami kerosakan. Jangka hayat...

5 Amalan Penting Menghindari COVID-19

Wabak COVID-19 telah menjadi isu dunia sejak berlaku penularannya pada pertengahan Disember tahun 2019. Ia masih menjadi isu serius di negara ini ekoran tercetusnya...

Nikmati 5 Juadah Minum Petang PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan orang ramai terpaksa berada di dalam rumah bagi membantu mengekang penularan COVID-19. Berada di rumah sepanjang masa menyebabkan...

5 Tanda ‘Brake Pad’ Mengalami Masalah

Pelapik brek atau lebih dikenali sebagai ‘brake pad’ merupakan satu komponen penting dalam sistem brek yang perlu dijaga dengan baik untuk menjamin keselamatan dan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!