Penyerahan Kereta Peronda Baharu Kepada PDRM Kontinjen Negeri Sembilan

Satu majlis penyerahan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Negeri Sembilan telah berlangsung di Padang Kawad Sekolah Latihan Kontinjen, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan pada 25 Ogos 2020 yang lalu.

Sejumlah 17 unit kenderaan MPV jenis Honda Civic 1.8S telah diserahkan pada hari tersebut untuk kegunaan rondaan dan pencegahan jenayah oleh PDRM Kontinjen Negeri Sembilan. Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH DCP Dato’ Mohamad Mat Yusop dan diiringi Ketua Pegawai Operasi SPANCO, YBhg Dato’ Azman Hj Idris.

Kenderaan MPV baharu yang dibekalkan oleh SPANCO ini adalah bagi menggantikan sebahagian kereta peronda sedia ada yang telah usang dan tidak sesuai lagi digunakan.

Ia dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka (dashcam), kamera perakam video digital mudah alih (DVR) dan kit MPV yang mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan pasukan PDRM dalam melaksanakan tugasan.

pdrm 1

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Tanda-Tanda Alternator Kereta Rosak

Alternator merupakan komponen penting dalam kenderaan yang jarang diberi perhatian sewajarnya oleh pemandu kereta. Ia berfungsi sebagai penjana tenaga elektrik untuk kereta. Pengabaian penjagaan...

5 Tips Melindungi Kereta Daripada Cahaya Matahari

Cuaca panas terik bukan sahaja boleh memberi kesan terhadap individu, malah kenderaan yang terdedah pada cuaca panas melampau juga boleh mengalami kerosakan. Jangka hayat...

5 Amalan Penting Menghindari COVID-19

Wabak COVID-19 telah menjadi isu dunia sejak berlaku penularannya pada pertengahan Disember tahun 2019. Ia masih menjadi isu serius di negara ini ekoran tercetusnya...

Nikmati 5 Juadah Minum Petang PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan orang ramai terpaksa berada di dalam rumah bagi membantu mengekang penularan COVID-19. Berada di rumah sepanjang masa menyebabkan...

5 Tanda ‘Brake Pad’ Mengalami Masalah

Pelapik brek atau lebih dikenali sebagai ‘brake pad’ merupakan satu komponen penting dalam sistem brek yang perlu dijaga dengan baik untuk menjamin keselamatan dan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!