Kursus Pemanduan Honda Civic Bagi Markas Tentera Darat

Satu kursus pemanduan Honda Civic 1.8S untuk pemandu dan jurulatih Kor Polis Tentera Diraja (KPTD), Markas Tentera Darat telah dianjurkan oleh SPANCO pada bulan lalu sebelum majlis penyerahan kenderaan rasmi diadakan.

Kursus ini telah berlangsung sepanjang dua hari pada 18 dan 19 Ogos 2020 di Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 79 peserta daripada KPTD. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang berbeza di mana seramai 45 orang hadir pada 18 Ogos dan selebihnya pada hari berikut.

DSC_4003

Objektif utama kursus pemanduan ini adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan ciri-ciri kereta peronda model baharu ini, di samping memberikan latihan cara dan teknik pemanduan berhemah kepada semua peserta yang terlibat.

Silibus kursus telah dibahagikan kepada dua bahagian berbentuk kelas dan trek simulasi. Semua peserta mempelajari ilmu teori dalam kelas di mana penceramah memberi pendedahan mengenai ciri-ciri kenderaan. Ia diikuti dengan silibus kedua iaitu trek simulasi di mana peserta didedahkan kepada cara pemanduan dan pengendalian kenderaan Honda Civic 1.8S tersebut.

 

aebb6c46-4ad6-42d6-a1be-d1b5d6507d98

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

6 Tips Penyenggaraan Kereta Untuk Elak Kemalangan

Penyenggaraan kereta adalah perkara utama yang perlu dilakukan oleh setiap pengguna kereta supaya ia berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum....

Teknologi Menukar Gear Dengan Memusingkan Tombal Sahaja

Teknologi automotif semakin maju dengan pelbagai ciptaan baharu bagi sesebuah kenderaan termasuk rekaan terkini, kawalan rotari dwi-tindan (dual stack controller). Teknologi kabin pada kereta...

7 Jenis Kuih Talam Untuk Menambah Selera Berbuka Anda!

Kuih-muih di Malaysia diklasifikasikan sebagai pencuci mulut yang enak dimakan pada bila-bila masa. Tibanya bulan Ramadan, orang ramai gemar memakan kuih terutamanya kuih talam...

Kenali Jenis-Jenis Pengamal Vegetarian

Istilah vegetarian telah banyak disalah fahami oleh ramai orang dengan mengklasifikasikannya sebagai orang yang makan sayur atau buah sahaja. Ia merupakan pandangan yang salah...

Benarkah Enjin Pengecas Turbo Lebih Baik Daripada Pengecas Lampau?

Enjin adalah ibarat jantung bagi sesebuah kenderaan yang berfungsi sebagai penggerak utama. Terdapat pelbagai teknologi enjin kenderaan digunakan untuk meningkatkan keberkesanan dalam sesebuah kenderaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!