Kepentingan Makan Malam Awal

Tahukah anda amalan makan malam pada waktu lewat boleh menjejaskan sistem metabolisme badan? Ia juga boleh memudaratkan kesihatan keseluruhan badan seseorang. Oleh itu, tabiat pemakanan ini perlu diubah segera demi menjaga kesihatan diri anda. Cuba amalkan makan malam pada waktu yang awal selewat-lewatnya sebelum jam 7 petang. Berikut merupakan beberapa manfaat makan awal yang perlu anda ketahui:

1) Tidur yang lena

Mereka yang gemar makan pada lewat malam kebiasaannya akan mengalami kesukaran untuk tidur. Hal ini berlaku akibat berlakunya gangguan pada sistem penghadaman. Makanan berat seperti nasi, ayam, makanan segera dan lain-lain mengambil masa untuk dicernakan. Ini secara tidak langsung akan menganggu kualiti tidur anda. Sekiranya anda makan awal, ia akan memberi masa yang cukup bagi perut untuk memproses makanan dan anda mampu tidur lena tanpa sebarang gangguan.

2) Memudahkan proses pencernaan

Satu manfaat penting makan awal adalah ia memberi masa yang lebih lama untuk proses penghadaman. Tempoh masa yang lama ini membolehkan badan memproses makanan dengan lebih sempurna dan anda akan berasa lebih bertenaga pada keesokan hari berbanding makan lewat. Sentiasa pastikan makan tiga jam sebelum waktu tidur bagi mengelakkan ketidakhadaman berlaku.

3) Mengekalkan berat badan

Isu obesiti bukan sahaja berlaku disebabkan makan terlalu banyak. Ia juga boleh berpunca daripada makan lewat kerana sistem penghadaman tubuh badan tidak berfungsi dengan baik pada waktu malam dan sistem metabolisme lebih rendah. Hal ini menyebabkan badan kurang membakar kalori dan ia menyimpan kalori berlebihan sebagai lemak. Oleh itu, dengan makan awal, metabolisme kita dapat berfungsi secara optimum dan mengurangkan kadar lemak dalam badan.

4) Mengawal penyakit kencing manis

Paras gula dalam darah akan meningkat apabila anda makan lewat kerana tindak balas glukosa dan insulin terhadap makanan yang diambil pada waktu ini terganggu. Hal ini akan menyebabkan tubuh badan kita tidak berupaya menukar glukosa daripada makanan kepada tenaga dan terlalu banyak gula akan kekal dalam darah. Justeru ini, makan awal mampu mengawal paras gula dalam darah kerana insulin akan menjalankan fungsinya dengan lebih cekap.

5) Mengurangkan kemungkinan makan berlebihan

Seseorang yang mempunyai tabiat makan lewat mempunyai kecenderungan untuk makan berlebihan disebabkan keinginan untuk makan adalah tinggi walaupun tidak berasa lapar. Tabiat ini dapat dielakkan apabila anda makan awal kerana jarak antara makan tengah hari dan makan malam tidak terlalu lama. Anda akan rasa lebih kenyang dan dapat mengurangkan kecendurangan makan berlebihan pada waktu yang tidak menentu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Penyenggaraan Asas Kenderaan Yang Perlu Anda Ketahui

Sebagai pemandu kenderaan yang bertanggungjawab, ia adalah penting untuk anda melakukan penyenggaraan berkala kenderaan dari semasa ke semasa. Pemeriksaan asas terhadap komponen kereta boleh...

Panduan Penyesuaian Cermin Sisi Kenderaan

Cermin sisi merupakan satu komponen keselamatan penting yang terdapat dalam sesebuah kenderaan. Ia memainkan peranan utama dalam mengurangkan titik buta pemandu sekiranya ia dilaraskan...

Bahaya Migrain Yang Perlu Diawasi

Penyakit migrain merupakan satu gangguan kesihatan yang dialami seseorang dalam bentuk sakit kepala. Secara umumnya terdapat dua jenis sakit kepala yang boleh dialami oleh...

10 Lokasi Selam Skuba Menarik Di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan kepelbagaian lautan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara gemar melancong ke pulau-pulau di negara ini...

Penyerahan MPV Baharu Kepada Kontinjen PDRM Sabah

Satu majlis penyerahan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!