Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Tangki Bahan Api

Setiap kenderaan yang menggunakan enjin pembakaran dalaman pastinya mempunyai tangki bahan api. Berikut dikongsikan fakta-fakta yang perlu anda ketahui mengenai tangki bahan api kenderaan anda.

Indikator tangki bahan api

Ramai mudah berasa cemas dan gelisah apabila melihat kelipan simbol tangki bahan api mula menyala pada papan pemuka kenderaan. Biasanya kita akan segera mencari stesen minyak berdekat apabila melihat simbol ini menyala.

Sekiranya anda masih berasa khuatir bahawa kereta akan berhenti di tengah-tengah jalan apabila lampu ini menyala, anda boleh mematikan penghawa dingin bagi meningkatkan jarak perjalanan sementara menemui stesen minyak terdekat.

ft2

Kedudukan tangki bahan api kenderaan

Tahukah anda kedudukan tangki bahan api kenderaan anda berada di sebelah kiri atau kanan? Ramai masih keliru dengan posisi tangki bahan api khususnya ketika singgah di stesen minyak. Anda sebenarnya tidak perlu menjengah cermin sisi bagi mengenal pasti kedudukan tersebut.

Hal ini kerana terdapat indikator di papan pemuka kenderaan yang menunjukkan kedudukan tangki bahan api. Satu simbol anak panah kecil di sebelah simbol tangki bahan api sebenarnya memberi panduan kepada anda mengenai kedudukan tangki tersebut. Seandainya anak panah berada pada sebelah kanan, ia bermaksud tangki bahan api kereta anda berada pada sebelah kanan dan sebaliknya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!