Tahniah Kepada Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan

SPANCO mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan, sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

Antara pegawai tinggi kerajaan yang menerima anugerah darjah dan pingat iaitu Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) ialah Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat diikuti Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) ialah Ketua Setiausaha Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Yang Berbahagia Tan Sri Idrus Harun; Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Yang Dihormati Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador.

Turut dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah; Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Tan Sri Rohana Yusuf; Ketua Pengarah Perkidmatan Awam, Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman; Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Udara, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Ackbal Haji Abdul Samad dan Yang Dihormati Tan Sri Mazlan Mansor.

Selain itu, penerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) ialah Ketua Audit Negara, Yang Berbahagia Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Yang Berbahagia Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob; Ketua Pengarah Pelajaran, Yang Berbahagia Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim; Hakim Mahkamah Rayuan, Yang Arif Datuk Ravinthran N. Paramaguru; Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Yang Berbahagia Datuk Mohd Rabin Basir; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berbahagia Datuk Lokman Hakim Ali; Yang Berbahagia Datuk Dr. Mohd Gazali Abas; Panglima Armada Barat, Yang Berbahagia Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah; Panglima Angkatan Bersama, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki; Panglima Medan Tentera Darat, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami; Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, Yang Berbahagia Laksamana Madya Datuk Ganesha Navaratnam; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Dr. Md Amin Muslan; Timbalan Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah; Timbalan Panglima Tentera Udara, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Yang Dihormati Datuk Mohamed Farid Abu Hassan; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Yang Dihormati Datuk Abd Rahim Jaafar; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Yang Dihormati Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Yang Dihormati Datuk Zamri Yahya.

Penerima Darjah Panglima Setia Diraja (PSD) ialah Timbalan Ketua Setiausaha, Yang Berbahagia Datuk Mohammad Ismail; Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Yang Berbahagia Datuk Roziah Abudin; Ketua Unit Endokrin, Yang Berbahagia Datuk Dr. Zanariah Hussein; Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Yang Berbahagia Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab dan Pengarah Cawangan Tenaga Kerja ATM Briged, Yang Berbahagia Briged Jeneral Datuk Suriakala Suriabagavan.

Turut menerima Darjah Johan Mangku Negara (JMN) ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yang Berusaha Tuan Zulkilfi Ismail; Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed Zaini Abdul Rahman; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, Yang Berusaha Tuan Haji Azlikamil Napiah; Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Yang Berusaha Dr. Norhayati Rusli dan Pengarah Bahagian Program TV Radio Televisyen Malaysia (RTM), Yang Berusaha Tuan Lokman Muda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!