Kursus Pengukuhan Dan Pemantapan Prestasi Pemandu Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA)

Satu sesi Kursus Pengukuhan Dan Pemantapan Prestasi bagi pemandu-pemandu yang bertugas di Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri telah diadakan baru-baru ini di Port Dickson.

Kursus ini telah berlangsung sepanjang tiga hari yang bermula dari 7 Ogos 2020 hingga 9 Ogos 2020 di Eagle Ranch Resort dihadiri 30 peserta daripada BIUPA.

Dua wakil dari SPANCO iaitu Encik Norazmi bin Abd Sani dan Encik Faiz Izwan Bin Ishak telah dijemput untuk berkongsi ilmu serta pendedahan mengenai Tatacara Pengurusan Kenderaan Konsesi SPANCO (Operasi dan Teknikal) bersama semua peserta kursus.

Turut serta Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang memberi taklimat mengenai Pengurusan Buku Log Dan Kad Inden Kenderaan Jabatan dan Pengurusan Kemalangan Kenderaan Jabatan.
Selain itu, teknik pemanduan ‘defensive’ dan ‘offensive’ beserta pengurusan kenderaan dan pemandu telah disampaikan bagi meningkatkan prestasi pemandu BIUPA.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!