5 Lokasi Golf Menarik Di Lembah Klang

Bermain golf di tempat yang sama agak membosankan anda? Terdapat lebih 300 padang golf menarik di Malaysia yang menawarkan pelbagai kemudahan dan keistimewaan tersendiri. Berikut disenaraikan kelab golf terpilih di sekitar Lembah Klang:

Golf club and ball in grass

1) Kota Permai Golf & Country Club

Padang golf Kota Permai adalah antara tempat kegemaran ramai pemain golf kerana keluasan kawasan ini dikelilingi oleh kehijauan alam sekitar. Tempat besar yang terletak di Kota Kemuning ini dibina daripada kawasan ladang kelapa sawit dan mempunyai 18 lubang serta 9 lubang dengan 72 par. Kemudahan seperti kolam renang, gelanggang tenis, gelanggang skuasy, lapan gelanggang badminton, kemudahan seminar, ‘ballroom’, gimnasium, pusat kesihatan, makanan dan minuman disediakan oleh pihak pengurusan.

2) Glenmarie Golf & Country Club

Glenmarie Golf disifatkan sebagai salah satu destinasi terbaik untuk bermain golf. Landskap yang unik berlatarbelakangkan alam semesta ini mempunyai dua padang golf dengan 18 lubang. Garden Course dan Valley Course rata-rata mempunyai keluasan 72 par dengan pemandangan bukit yang landai. Tempat ini turut menawarkan kemudahan lain bagi pelanggan mereka di mana terdapat gelanggang badminton, tenis, kolam renang, karaoke dan gimnasium.

3) Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah

Padang golf yang direka oleh Thompson Wolveridge and Associate ini terletak di Shah Alam. Keindahan semula jadi tasik yang dikelilingi oleh pokok menjadikan ia tarikan utama pemain golf kerana pemandangan panorama yang menakjubkan. Terdapat sebanyak 9 lubang di setiap bahagian yang terdiri daripada bahagian Sultan, Alam Shah dan President. Seandainya anda penat bermain, anda boleh singgah ke bilik suite dan ruang VIP, melihat galeri, menikmati makanan lazat atau bermain tenis, skuasy dan snuker di Pusat Sukan.

4) The Mines Resort & Golf Club

Padang golf ini merupakan sebuah padang golf yang dibina daripada lokasi bekas lombong timah yang terbesar di dunia. Keluasan sebanyak 245 ekar ini mempunyai 72 par bersama 18 lubang dengan pemandangan tasik seluas 150 ekar. Mines Resort & Golf Club juga mempunyai Kedai Pro dan tempat yang indah untuk menjamu selera dengan menu makanan kegemaran tempatan dan barat.

5) Amverton Cove Golf & Island Resort

Gaya keseluruhan padang golf dengan suasana semula jadi amat menyegarkan dan menenangkan minda pemain dan pengunjung di Amverton Cove Golf & Island Resort. Dikelilingi oleh pokok bakau, tempat ini mempunyai semua ciri semula jadi yang memberikan pemandangan indah. Pemain yang gemar bermain sambil menikmati keindahan alam sekitar mesti mengunjungi padang golf ini yang terletak di Pulau Carey.

6) Tournament Players Club (TPC) Kuala Lumpur

Terletak di tengah-tengah puncak bukit yang indah dengan kehijauan yang subur di Bukit Kiara, TPC Kuala Lumpur adalah antara kelab golf yang tersenarai dalam ‘World’s 100 Greatest Golf Course’. Padang golf dengan 36 lubang ini pernah menjadi tuan rumah kepada beberapa kejohanan bertaraf dunia. Ia adalah lokasi permainan yang sempurna untuk lari dari hiruk-pikuk kota dan pastinya menenangkan minda anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!