5 Lokasi Air Terjun Yang Menjanjikan Kepuasan

Percutian hujung minggu di tempat semula jadi seperti air terjun kini menjadi pilihan orang ramai. Ia adalah salah satu langkah mendekati diri kepada alam semula jadi sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan. Bagi peminat air terjun yang cantik, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat berikut:

1) Chilling

Air terjun Chilling di Kuala Kubu Bharu adalah antara lokasi yang mengagumkan di Lembah Klang. Kawasan terpelihara yang telah diwartakan sebagai taman alam semula jadi dikenali ramai sebagai santuari ikan. Bagi menuju ke air terjun ini, anda perlu melalui trek yang mengambil masa selama 30 minit. Jangan risau, segala kepenatan anda akan rasa berbaloi apabila anda menyelami dalam air jernih yang mengalir daripada puncak bukit tersebut. Nikmati masa anda sambil berkelah santai dengan menyaksikan panorama indah di sekelilingnya.

2) Sungai Pisang

Terletak berhampiran Gombak, dengan nama uniknya ‘Sungai Pisang’ amat terkenal dalam kalangan pelajar universiti sebagai lokasi beriadah. Laluan menuju ke air terjun yang sederhana lasak dari kawasan parking kereta amat sesuai untuk membawa ahli keluarga yang berusia untuk bermandi-manda di sini. Air terjun yang menyegarkan dengan suasana damai akan menenangkan minda anda daripada sebarang stres. Terdapat tapak lapang untuk mendirikan khemah sambil menikmati makanan bersama kawan dan keluarga anda.

3) Sungai Tekala

Panorama hutan dan sungai yang damai pasti mengujakan kita semua untuk melawat Hutan Rekreasi Sungai Tekala di Semenyih. Ia adalah sebahagian daripada Hutan Simpanan Sungai Lalang yang kemudiannya menjadi sebahagian Taman Warisan Negeri Selangor. Tempat ini sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan yang suka berkelah di sepanjang sungai yang indah sambil menghirup udara segar. Air jernih dan sejuk di sini amat sesuai untuk bermandi-manda ketika musim panas. Kemudahan seperti gerai makanan, menyewa chalet, bilik solat, bilik air dan tandas turut disediakan di sini.

4) Lata Medang

Adakah anda pengemar aktiviti lasak seperti ‘trekking’? Jika ya, Lata Medang adalah antara lokasi yang pasti mengujakan anda kerana ia mempunyai trek laluan yang agak mencabar. Nikmati penciptaan flora dan fauna yang unik di sepanjang perjalanan ‘trekking’ anda. Segala keletihan anda akan hilang selepas melihat pemandangan indah air terjun jernih Lata Medang yang mengalir dengan deras. Kanak-kanak akan jatuh cinta dengan tempat ini kerana mereka boleh bermain ‘water sliding’ yang menyeronokkan.

5) Sungai Perdik

Air terjun Perdik yang terletak di Hulu Langat adalah salah satu lokasi air terjun yang kurang terkenal dalam kalangan pelancong. Tempat ini merupakan lokasi ideal untuk berkelah dan menghabiskan sisa-sisa hujung minggu bersama ahli keluarga. Perjalanan selama 20 minit dari tempat letak kenderaan akan membawa pelancong ke air terjun yang mempunyai ketinggian 30 meter. Aktiviti ‘team building’ bersama rakan sekerja boleh dilakukan di kawasan ini kerana tiada penggangguan orang awam. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak pengurusan bagi memastikan pelancong menikmati masa berharga mereka dengan tenang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!