Kenderaan Autonomi Generasi Baharu

Perkembangan teknologi semasa telah mendorong pengeluar kenderaan membangunkan pelbagai sistem baharu sebagai langkah menginovasikan industri automotif. Penciptaan kereta autonomi adalah antara pembaharuan pengeluar yang telah menarik perhatian awam pada masa ini. Sistem autopilot yang digunakan dalam kenderaan ini membolehkan ia memandu sendiri tanpa bantuan manusia.

Sistem Kenderaan Autonomi

Sistem kenderaan autonomi yang turut dikenali sebagai kereta pandu sendiri dibangunkan bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya dan memudahkan urusan harian pemandu kenderaan. Selain itu, ia juga dipercayai membawa faedah lain seperti produktiviti yang lebih tinggi, pengurusan trafik yang lebih baik, dan mengurangkan penggunaan tenaga.
Kenderaan ini tidak memerlukan bantuan manusia untuk mengawal sistem dalaman kerana ia mampu beroperasi sendiri dengan menggabungkan sensor dan perisian untuk mengawal, menavigasi dan memandu kenderaan.

‘Society of Automotive Engineering’ (SAE) ketika ini menentukan 6 tahap automasi memandu mulai dari Tahap 0 (manual sepenuhnya) hingga Tahap 5 (sepenuhnya autonomi).

Tahap Autonomi

Terdapat lima tahap pemanduan sendiri yang dibezakan berdasarkan model kenderaan autonomi. Skala 0 hingga 5 adalah tahap diberi oleh pengeluar untuk membezakan ciri pemanduannya. Berikut dikongsikan secara teliti mengenai skala pemanduan sendiri:

• Tahap 0
Semua sistem utama dikendalikan oleh manusia. Sistem akan memberi amaran sahaja.

• Tahap 1
Pemandu dan sistem komputer berkongsi kawalan pemanduan.

• Tahap 2
Sistem mengawal kenderaan sepenuhnya tetapi pemandu boleh mengambil alih sekiranya sistem gagal memberi tindak balas.

• Tahap 3
Pemandu boleh melakukan aktiviti lain sementera kenderaan pandu sendiri mengawal kenderaan autonomi. Pemandu boleh memerhati dan mengawal jika keadaan memerlukan anda bertindak.

• Tahap 4
Sistem berfungsi di kawasan geobatas yang dikenali sebagai ‘geofence’. Pemandu boleh rehat tanpa merisaukan keselamatan mereka kerana sistem kenderaan mengawal.

• Tahap 5
Kenderaan boleh memandu sendiri dalam semua keadaan tanpa sebarang bantuan pemandu.

Tujuan dan fokus utama pengeluar adalah untuk mencapai tahap 5 dengan mengeluarkan kereta autonomi yang lengkap. Ia bergantung kepada tiga faktor teknologi yang saling berkait iaitu pengesan (sensor), perisian (software), dan sambungan (connectivity).

Teknologi Autonomi

Perkembangan teknologi menjadi unsur penting dalam penciptaan kenderaan autonomi. Penggunaan kamera, radar dan sensor ‘Light Detection and Ranging’ (LiDAR) membolehkan kenderaan jenis ini berkemampuan untuk melihat keadaan jalan raya seperti seorang manusia dan ia juga penting dalam memastikan tahap keselamatan pemanduan lebih baik.

• Sensor kamera

Kamera yang dipasang sekeliling kereta membolehkan ia melihat pandangan sekeliling dalam 360º. Terdapat kamera yang mempunyai radius pemandangan seluas 120º dan jarak lebih pendek. Selain itu, terdapat juga jenis kamera yang bertumpu kepada kawasan lebih kecil untuk jarak pemandangan lebih jauh. Pelbagai jenis kamera digunakan bagi memberi visual yang terperinci untuk mengesan kenderaan, objek dan mengenal pasti jarak.

• Sensor radar

Penggunaan sensor radar pada sudut badan kenderaan adalah untuk mengesan objek yang berada di setiap sudut kawasan. Sensor ini digunakan agar ia dapat membantu kamera dalam kondisi penglihatan rendah. Ia secara tidak langsung dapat mengesan halaju dan posisi objek yang terdekat dan kenderaan autonomi dapat mengelakkannya selepas mendapat isyarat daripada sensor radar.

Sensor LiDAR

Sensor LiDAR berfungsi memancarkan denyutan laser untuk mengesan jarak objek dengan pandangan sekeliling secara tiga dimensi (3D). Penggunaan sensor ini membolehkan kenderaan mendapatkan input mengenai bentuk dan ketinggian objek sekeliling seperti pejalan kaki, kenderaan, haiwan dan geometri jalan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!