Warisan Loyang : Instrumen Persuratan

SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi. Seni loyang merupakan warisan turun temurun kita yang perlu dimartabatkan supaya generasi masa depan tidak akan melupakan khazanah ini.

Sepanjang tahun 2020, PRIHATIN akan memaparkan artifak-artifak loyang terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Artikel kali ini mengetengahkan artifak loyang dalam bentuk instrumen persuratan.

SPANCO TEMBAGA

Penulisan wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu di mana manusia menggunakan peralatan seperti batu tajam, pena jarum, pena buluh dan lain-lain bagi menyampaikan mesej mereka.

Dengan peredaran zaman, manusia telah menginovasikan peralatan penulisan dengan penggunaan loyang. Instrumen persuratan yang dipaparkan dalam artikel ini terdiri daripada pemegang pena, bekas dakwat, pelita dan pemegang lilin. Bagi menyampaikan mesej dengan cepat dan mudah, masyarakat dahulu telah menghasilkan pena dan dakwat daripada sumber alam semulajadi. Oleh kerana kekurangan kemudahan pada masa tersebut, mereka menggunakan pelita minyak tanah atau lilin untuk menerangi ruang menulis. Lilin tersebut akan dipacakkan ke atas paku pemegang yang diperbuat daripada loyang.

SPANCO TEMBAGA

Kini, instrumen ini perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat kerana ia mempunyai nilai estetika yang tinggi. Ramai orang memartabatkan warisan loyang dengan mengumpul artifak tersebut sebagai paparan barang antik di rumah mereka.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Penyenggaraan Asas Kenderaan Yang Perlu Anda Ketahui

Sebagai pemandu kenderaan yang bertanggungjawab, ia adalah penting untuk anda melakukan penyenggaraan berkala kenderaan dari semasa ke semasa. Pemeriksaan asas terhadap komponen kereta boleh...

Panduan Penyesuaian Cermin Sisi Kenderaan

Cermin sisi merupakan satu komponen keselamatan penting yang terdapat dalam sesebuah kenderaan. Ia memainkan peranan utama dalam mengurangkan titik buta pemandu sekiranya ia dilaraskan...

Bahaya Migrain Yang Perlu Diawasi

Penyakit migrain merupakan satu gangguan kesihatan yang dialami seseorang dalam bentuk sakit kepala. Secara umumnya terdapat dua jenis sakit kepala yang boleh dialami oleh...

10 Lokasi Selam Skuba Menarik Di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan kepelbagaian lautan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara gemar melancong ke pulau-pulau di negara ini...

Penyerahan MPV Baharu Kepada Kontinjen PDRM Sabah

Satu majlis penyerahan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!