Destinasi Pelancongan Pulau Yang Menarik

Pulau-pulau di Malaysia kini menjadi tumpuan pelancong dan merupakan destinasi percutian utama kerana keindahan kawasan yang cantik dan mempesonakan. Setelah puas terperuk akibat pandemik COVID-19 yang melanda sejak awal tahun ini, ramai memilih pulau peranginan dalam negara sebagai destinasi pelancongan bagi menenangkan minda bersama keluarga. Dengan ini, disenaraikan lima pulau terindah di Malaysia:

perhen

1) Pulau Perhentian

Pulau Perhentian adalah pulau terbesar di pantai timur yang menjadi pilihan ramai pelancong dari seluruh pelosok dunia. Pantai pasir putih dengan air laut yang jernih akan mengindahkan lagi percutian anda. Aktiviti menarik seperti ‘jungle trekking’, menyelam skuba, berenang,‘snorkeling’ dan pertunjukkan api boleh dinikmati bersama insan tersayang.

pulau rawa free

2) Pulau Rawa

Sesiapa yang teringin melancong ke Maldvies, tidak perlu risau lagi kerana negara kita sendiri mempunyai persisnya di Pulau Rawa, Mersing. Pulau yang dikenali sebagai Pulau Mutiara masih dijaga rapi tanpa terkesan oleh arus pemodenan. Alang Rawa Resort dan Rawa Island Resort adalah antara dua penginapan yang terdapat di sini. Perkara paling menarik di tempat ini adalah dua gelongsor air yang membawa anda terus ke laut dan aktiviti seronok ini mampu mengembalikan zaman kanak-kanak anda. Selain itu, anda juga dapat merasakan detik terindah apabila dapat menyaksikan matahari terbenam di puncak Pulau Rawa sambil melakukan aktiviti mendaki.

pulausipadan9-143

3) Pulau Sipadan

Pulau Sipadan di Sabah merupakan antara pulau yang terkenal dengan panorama alam sekitar indah. Ia adalah destinasi sesuai bagi para penyelam untuk menerokai keindahan semula jadi di mana terdapat pelbagai jenis terumbu karang dan lebih 3000 spesies ikan. Anda juga berpeluang melihat jerung terumbu kelabu, jerung muncung putih, jerung harimau, pari helang, pari raksasa manta dan penyu melalui aktiviti ‘snoorkeling’ dan menyelam. Kawasan persekitaran pulau ini juga mempunyai lokasi yang sesuai untuk merakam detik indah atau lebih dikenali sebagai ‘instagrammable’.

pangkor new

4) Pulau Pangkor

Pulau Pangkor adalah pulau ketiga terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Perak. Pemandangan pantai yang memukau dengan pelbagai destinasi pantai menjadi tarikan utama pelancong. Selain aktiviti air, berkayak, memancing dan menaiki banana boat, pelancong boleh mengunjung ke lokasi peninggalan sejarah ratusan tahun dahulu iaitu Kota Belanda dan Batu Bersurat di Kampung Teluk Gedong. Tidak lengkaplah percutian ke sini tanpa membeli hasil laut seperti ikan bilis, sate kering, sotong kering, ikan pedas dan pelbagai produk lain.

redang

5) Pulau Redang

Pulau Redang merupakan pulau yang terkenal dan popular di Terengganu kerana keindahan pantai yang berpasir putih dengan pemandangan air laut yang membiru. Kawasan perairan di sini telah digazetkan sebagai Taman Laut bagi memastikan kelestarian alam semula jadi dikekalkan. Ramai pelancong sangat terpegun dengan melihat kecantikkan alam semula jadi ini terutamanya dengan ekosistem marin yang unik. Aktivit air serta ‘jungle trekking’  boleh dilakukan di sini bersama keluarga. Bagi pencinta penyu, anda boleh melakukan aktiviti sukarelawan di Unit Penyelidikan Penyu Laut (Seatru) yang terletak di Pasir Chagar Hutang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!