Fleet SPANCO Mencecah 13,000 Kenderaan

SPANCO memulakan operasi pada Januari 1994 dengan 2,200 buah kenderaan. Setelah 27 tahun berlalu, Julai 2020 melakar sejarah baharu apabila fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan yang diuruskan oleh SPANCO mencecah 13,000 unit.

SPANCO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas kepercayaan yang diberikan selama ini. Sepanjang melaksanakan amanah tersebut, SPANCO telah menimba pengalaman serta membina kemahiran sekaligus membuktikan kemampuannya sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan fleet profesional yang cukup diyakini.

Menuju ke hadapan, SPANCO akan terus memperkasakan kemudahan infrastruktur, sistem dan teknologi pengurusan fleet. Matlamat kami adalah untuk terus meningkatkan piawaian dan kualiti perkhidmatan demi kepuasan pelanggan. Keazaman ini sentiasa dipupuk terhadap setiap warga SPANCO melalui latihan dan pembangunan insan yang berterusan.

SPANCO sentiasa komited dan bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian tahap perkhidmatan, malah melangkaui lebih daripada itu. Kami tekad memastikan supaya semua petunjuk prestasi utama (KPI) dipenuhi secara konsisten. Ia juga diterjemahkan melalui tahap ketersediaan fleet melebihi 98% sepanjang masa.

Tenaga kerja SPANCO di semua lapisan dan peringkat merupakan nadi pencapaian kami selama ini. Untuk itu, penghargaan dan sanjungan harus diberikan kepada mereka. Tanpa mengira penat dan lelah, kakitangan SPANCO sentiasa bersedia membanting keringat dalam mendepani cabaran yang bakal mendatang.

SPANCO, Sentiasa Bersama Mu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!