Penjagaan & Pengendalian Kenderaan Ketika Banjir Kilat

Hujan lebat yang sering melanda ketika ini kadangkala mengakibatkan kejadian banjir kilat di lokasi yang tidak dijangka. Situasi ini turut menyukarkan pengguna jalan raya terutamanya individu yang berulang-alik ke tempat kerja setiap hari. Keselamatan kenderaan yang diparkir di kawasan lapang juga boleh mengundang kerisauan. Sebagai langkah persediaan menghadapi situasi tidak diundang ini, disenaraikan beberapa tips penjagaan dan pengendalian kenderaan ketika musim banjir kilat:

1) Parkir kereta di tempat selamat

Sebagai langkah pencegahan melindungi kenderaan daripada sebarang kerosakan komponen dalaman ketika musim hujan yang tidak menentu, anda boleh parkir kereta di tempat tinggi atau kawasan yang tidak mudah dilimpahi air banjir.

2) Gunakan gear rendah

Pandu kereta pada gear rendah dengan mengekalkan momentum pemanduan anda untuk mengelakkan air memasuki dalam kenderaan. Memandu laju merentasi banjir boleh merosakkan komponen dan enjin kenderaan, terutamanya apabila paras air banjir melebihi separuh tayar kenderaan.

3) Pandu perlahan

Pastikan anda memandu perlahan dalam banjir kerana tindakan memandu laju boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan sekaligus menyebabkan akuasatah yang jugadikenali sebagai ‘aquaplanning’. Ia adalah satu keadaan di mana tayar kenderaan tidak menyentuh permukaan jalan raya dan bunga tayar tidak dapat menyingkirkan air mengikut jumlah sepatutnya sekaligus menyebabkan anda hilang kawalan.

4) Tutup ekzos

Sebelum air banjir mencapai ekzos kenderaan, anda boleh menyumbat lubangnya dengan sesuatu barang yang padat dan kalis air seperti plastik atau botol. Langkah ini perlu dilakukan demi menghalang air daripada memasukinya. Sekiranya air telah memasuki ekzos, ia akan disedut ke enjin sekaligus mematikan enjin dan menyukarkan proses menghidupkannya kembali.

5) Cabut terminal bateri

Cabutkan terminal bateri jika kenderaan ditinggalkan untuk suatu tempoh yang lama. Hujan yang tidak menentu masa boleh meningkatkan paras air sehingga menenggelamkan kenderaan. Adalah penting untuk mencabutkan terminal bateri supaya sistem elektronik dapat dihidupkan semula selepas banjir surut dan seterusnya berfungsi dengan baik.

6) Uji brek

Sentiasa cakna terhadap brek kereta dengan mengujinya supaya ia bergerak dengan sempurna. Setelah meredah air, pastikan jangan memandu laju supaya brek anda mempunyai cukup masa untuk proses mengering. Tekan pedal brek beberapa kali untuk mengeringkan kawasan pelapik brek.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Penyenggaraan Asas Kenderaan Yang Perlu Anda Ketahui

Sebagai pemandu kenderaan yang bertanggungjawab, ia adalah penting untuk anda melakukan penyenggaraan berkala kenderaan dari semasa ke semasa. Pemeriksaan asas terhadap komponen kereta boleh...

Panduan Penyesuaian Cermin Sisi Kenderaan

Cermin sisi merupakan satu komponen keselamatan penting yang terdapat dalam sesebuah kenderaan. Ia memainkan peranan utama dalam mengurangkan titik buta pemandu sekiranya ia dilaraskan...

Bahaya Migrain Yang Perlu Diawasi

Penyakit migrain merupakan satu gangguan kesihatan yang dialami seseorang dalam bentuk sakit kepala. Secara umumnya terdapat dua jenis sakit kepala yang boleh dialami oleh...

10 Lokasi Selam Skuba Menarik Di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara yang kaya dengan kepelbagaian lautan. Ramai pelancong dari dalam dan luar negara gemar melancong ke pulau-pulau di negara ini...

Penyerahan MPV Baharu Kepada Kontinjen PDRM Sabah

Satu majlis penyerahan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu kepada Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!