Keistimewaan Honda Civic Baharu

Pengeluar kenderaan Honda secara rasminya telah melancarkan model baharu Honda Civic 1.8S pada awal tahun 2020. Model tersebut telah menawan pasaran tempatan kerana mempunyai reka bentuk canggih dengan ciri-ciri keselamatan terkini serta kabin yang lapang dan selesa. Berikut disenaraikan beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada model kenderaan ini:

Honda SENSING

Honda SENSING adalah teknologi keselamatan termaju di mana sebelum ini sistem berikut hanya terdapat pada kereta Honda CR-V, Accord dan Odyssey. Ia adalah antara teknologi generasi baharu yang menggunakan radar dan kamera untuk memberi amaran kepada pemandu mengenai sebarang bahaya yang mungkin berlaku ketika memandu kenderaan. Ciri-ciri ini terdiri daripada sistem brek mitigasi pelanggaran, kawalan pemanduan adaptif dengan kemampuan mengikut kelajuan rendah, sistem bantuan kekal laluan, sistem mitigasi keluar jalan, amaran penukaran laluan, bantuan suluh tinggi automatik dan sistem kamera Honda LaneWatch.

Prestasi Enjin

Honda Civic 1.8S baharu ini ditawarkan dengan enjin 1.8 liter i-VTEC dengan kuasa 120 hp atau 6,500 rpm dan tork 174 Nm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik CVT dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga.

Ciri-Ciri Keselamatan

Berikut disenaraikan beberapa ciri keselamatan penting yang terdapat dalam kereta ini:

• Enam (6) Beg Udara
• Sistem Brek Anti-Kunci
• Bantuan Brek
• Brek Pegun Automatik
• Pengagihan Brek Elektronik
• Bantuan Mula Mendaki
• Bantuan Kestabilan Kenderaan
• Signal Henti Kecemasan
• Bantuan Pengendalian Tangkas
• Sensor Parkir

MAS_1004

SPANCO kini membekalkan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu model Honda Civic 1.8S kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kegunaan rondaan dan mencegah jenayah. Ia sedang diagihkan secara berperingkat kepada semua kontinjen PDRM di seluruh negara.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!