Sistem Meletak Kenderaan Sendiri Automatik

Terdapat segelintir pemandu yang mengalami kesukaran apabila meletak kenderaan di ruang letak kereta. Perkembangan teknologi semasa telah mendorong pengeluar kenderaan untuk membangunkan sistem bagi memenuhi keperluan dan kehendak pemandu. Ia termasuk sistem kenderaan dengan teknologi canggih di mana kenderaan boleh diletakkan sendiri secara automatik di tempat letak kereta.

Apakah itu sistem meletak kenderaan sendiri automatik?

Sistem berteknologi tinggi ini dibangunkan untuk membantu pemandu ketika meletakkan kenderaan di petak parkir selari yang juga dikenali sebagai ‘parallel parking’ dengan hanya menekan satu butang.

Sistem ini beroperasi dengan menggunakan sensor komputer untuk mencari tempat letak kenderaan terbuka berdasarkan perkiraan jarak dekat dengan kenderaan lain. Sensor kemudian mengarahkan stereng untuk memarkir kereta secara selari, dengan pemandu hanya menggunakan pedal minyak dan brek untuk mengawal kelajuan.

Cara sistem ini berfungsi

Sistem ini berfungsi apabila kenderaan mengesan tempat letak kenderaan dan akan bergerak ke hadapan untuk memastikan kedudukan di sebelah kereta hadapan. Kemudian satu isyarat akan diberikan kepada pemandu untuk menukar gear kepada ‘R’ reverse dan melepaskan brek sedikit untuk mula bergerak ke belakang.

Dengan menggunakan sistem ‘power steering’, komputer memutar roda dan menggerakkan kereta dengan sempurna ke tempat letak kereta. Apabila kereta sudah cukup jauh ke belakang, isyarat lain akan diberi kepada pemandu di mana dia harus berhenti. Kemudian kereta akan maju ke hadapan ketika roda berada dalam keadaan lurus supaya dapat memenuhi ruang kotak parkir. Isyarat terakhir iaitu ‘bantuan selesai’ akan diberi oleh sistem untuk memberitahu pemandu bahawa kereta telah siap diparkir. Senang bukan!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!