Mengurangkan Kebergantungan Terhadap Bahan Api Fosil

Penggunaan bahan api fosil telah menjadi punca utama pencemaran alam sekitar. Bahan api jenis ini mempunyai kandungan karbon tinggi yang menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global. Berikut disenaraikan beberapa alternatif bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang perlu anda ketahui:

1) Gunakan kenderaan hibrid

Kenderaan jenis hibrid dan elektrik sesuai digunakan bagi mengganti penggunaan kenderaan konvensional yang menyumbang kepada pencemaran alam. Kereta hibrid mempunyai enjin petrol dan motor elektrik yang mampu menjimatkan petrol dan hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah. Ia menggabungkan enjin pembakaran dalaman sistem rejangan dengan sistem rejangan elektrik. Manakala, kereta jenis elektrik sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik untuk menggerakkan kenderaan. Kedua-dua kenderaan ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran udara namun, ia juga dapat mengurangkan pencemaran bunyi di jalan raya.

2) Gunakan pengangkutan awam

Semakin ramai individu menggunakan kenderaan sendiri, semakin banyak ia menyumbang kepada pencemaran alam yang mengeluarkan gas berbahaya sehingga menyebabkan jerebu, menipiskan lapisan ozon dan meningkatkan suhu bumi. Penggunaan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi dan lain-lain amat digalakkan sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil dan sekaligus memelihara alam sekitar.

3) Bahan api bio

Bahan api bio seperti ethanol atau biodiesel boleh digunakan sebagai bahan bakar alternatif untuk kenderaan. Ia dihasilkan melalui proses biologi yang menggunakan tumbuh-tumbuhan atau hasil pertanian. Sumber bahan api yang boleh diperbaharui ini adalah mesra alam, bersih, mampu meningkatkan jangka hayat enjin dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau seperti karbon monoksida.

solar-system-2939560_1920

4) Sumber tenaga boleh diperbaharui

Sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga suria, angin, biojisim dan air adalah salah satu langkah alternatif yang digunakan bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar. Tenaga alternatif ini juga mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fosil yang terhad. Pemasangan panel solar di rumah mampu mengurangkan jumlah penggunaan bahan api fosil yang diperlukan untuk membekalkan elektrik di rumah sebagai langkah melindungi bumi kita.

5) Tingkatkan kesedaran

Kesedaran dalam kalangan individu masih rendah dalam mengurangkan penggunaan bahan api fosil. Walaupun terdapat kemudahan pengangkutan awam, masih ramai menggunakan kereta persendirian untuk ke tempat kerja dan keperluan lain. Kesedaran tentang pentingnya memelihara alam sekitar dan melindungi bumi perlu dipupuk pada setiap individu.

Artikel sebelum iniNikmati Sarapan Berkhasiat
Artikel seterusnyaKaedah Pemanduan Selamat

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Faktor Kerosakan Penyaman Udara Kereta

Penyaman udara dalam kereta memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan pemandu dan penumpang. Walau bagaimanapun, pengabaian terhadap fungsi penyaman udara boleh membawa kepada kerosakan...

Kenderaan Autonomi Generasi Baharu

Perkembangan teknologi semasa telah mendorong pengeluar kenderaan membangunkan pelbagai sistem baharu sebagai langkah menginovasikan industri automotif. Penciptaan kereta autonomi adalah antara pembaharuan pengeluar yang...

Warisan Loyang : Instrumen Persuratan

SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih...

Destinasi Pelancongan Pulau Yang Menarik

Pulau-pulau di Malaysia kini menjadi tumpuan pelancong dan merupakan destinasi percutian utama kerana keindahan kawasan yang cantik dan mempesonakan. Setelah puas terperuk akibat pandemik...

Fleet SPANCO Mencecah 13,000 Kenderaan

SPANCO memulakan operasi pada Januari 1994 dengan 2,200 buah kenderaan. Setelah 27 tahun berlalu, Julai 2020 melakar sejarah baharu apabila fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!