Kaedah Pemanduan Selamat

Pemanduan secara selamat adalah penting untuk memastikan semua pengguna jalan raya selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ia bukan sekadar melihat papan tanda di jalan raya dan mematuhi undang-undang lalu lintas. Malah, anda perlu memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi sebagai langkah pencegahan kemalangan:

1) Duduk dengan posisi betul

Cara kedudukan ketika memandu kenderaan adalah amat penting. Pastikan posisi kedudukan anda adalah sedikit dekat dengan stereng dan anda mampu mencapai semua butang kawalan di papan pemuka tanpa perlu bangun dari penyandar. Posisi yang betul membantu anda untuk mempunyai kawalan sepenuhnya sepanjang pemanduan.

2) Jaga jarak selamat

Bagi mengelakkan kemalangan, anda perlu sentiasa mematuhi peraturan jarak 2 saat dan 4 saat antara kenderaan anda dan kenderaan di hadapan. Malang tidak berbau. Oleh itu, pastikan jarak selamat ini dipatuhi supaya anda dapat mengawal kenderaan berdasarkan situasi jalan terutamanya ketika jalan raya licin.

3) Sentiasa fokus

Fokus ketika memandu perlu diutamakan supaya tiada perkara yang menganggu pemanduan anda. Menggunakan telefon bimbit atau mendengar lagu dengan kuat adalah antara perbuatan yang perlu anda elakkan. Banyak kes kemalangan berlaku akibat hilangnya fokus ketika memandu kenderaan.

4) Mengelakkan berada dalam titik buta

Titik buta adalah kawasan disekeliling kenderaan yang pemandu tidak dapat melihat secara langsung. Setiap kenderaan mempunyai titik buta berbeza di mana hanya pemandu yang mengenalinya. Sentiasa pastikan anda memeriksa cermin sisi beberapa kali sebelum menukar lorong dan elakkan memandu bersebelahan kenderaan berat bagi tempoh masa lama kerana titik buta mereka tidak sama.

5) Sesuaikan keadaan apabila hujan

Kenderaan yang dibawa laju ketika musim hujan menyebabkan ia mengurangkan kadar cengkaman tayar ketika membrek kerana jalan raya licin. Anda perlu sesuaikan pemanduan anda apabila hujan dengan memandu kereta secara berhati-hati dan memasang lampu supaya pemandu lain dapat melihat anda.

6) Sentiasa lihat jauh ke hadapan

Mata adalah aset penting yang memainkan peranan ketika memandu kereta. Sentiasa melihat jauh ke hadapan supaya anda dapat bertindak cepat apabila berlakunya situasi tidak diingini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Faktor Kerosakan Penyaman Udara Kereta

Penyaman udara dalam kereta memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan pemandu dan penumpang. Walau bagaimanapun, pengabaian terhadap fungsi penyaman udara boleh membawa kepada kerosakan...

Kenderaan Autonomi Generasi Baharu

Perkembangan teknologi semasa telah mendorong pengeluar kenderaan membangunkan pelbagai sistem baharu sebagai langkah menginovasikan industri automotif. Penciptaan kereta autonomi adalah antara pembaharuan pengeluar yang...

Warisan Loyang : Instrumen Persuratan

SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih...

Destinasi Pelancongan Pulau Yang Menarik

Pulau-pulau di Malaysia kini menjadi tumpuan pelancong dan merupakan destinasi percutian utama kerana keindahan kawasan yang cantik dan mempesonakan. Setelah puas terperuk akibat pandemik...

Fleet SPANCO Mencecah 13,000 Kenderaan

SPANCO memulakan operasi pada Januari 1994 dengan 2,200 buah kenderaan. Setelah 27 tahun berlalu, Julai 2020 melakar sejarah baharu apabila fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!