Jangan Ambil Mudah Amaran Panel Meter Kenderaan

Pernahkah anda perasan lampu indikator pada panel meter menyala ataupun berkelip-kelip selepas menghidupkan enjin? Jika ya, ia adalah satu petanda awal yang menunjukkan terdapat masalah atau kerosakan pada sistem kereta anda. Jangan ambil mudah amaran ini dan awasi lima tanda amaran yang biasa menyala seperti berikut:

iStock-908894010

1) Amaran tekanan minyak enjin

Indikator yang berupa teko pada panel meter biasanya menyala selama 2 saat ketika menghidupkan enjin dan kemudian hilang. Sekiranya lampu menyala lebih daripada 2 saat, ia menunjukkan berlakunya kebocoran penggunaan minyak enjin atau pam minyak enjin mengalami kerosakan. Anda perlu bertindak segera kerana minyak tidak boleh mengalir dengan betul ke dalam enjin. Sebagai langkah pencegahan, hantar kereta ke bengkel untuk memperbaikinya.

2) Amaran suhu enjin

Simbol berbentuk kapal adalah indikator yang mengukur suhu pada bahagian tolok penyejuk ‘coolant’ kenderaan. Sekiranya indikator coolant menunjukkan paras merah, ia bermaksud air coolant dalam radiator kereta anda berada pada tahap rendah, radiator bocor atau penutup kepala gasket rosak. Anda boleh berhentikan kereta di bahu jalan, tunggu hingga enjin sejuk dan periksa tahap air radiator. Tambah air sekiranya paras air rendah dan periksa bawah radiator sama ada bocor atau tidak sebelum meneruskan perjalanan.

3) Amaran enjin

Lampu jingga pada lambang ‘check engine’ menyala sebagai isyarat amaran bagi pelbagai masalah pada sistem operasi kereta. Kerosakan mungkin terdapat pada enjin, transmisi, wayar, brek atau suspensi kereta yang perlu diperbaiki. Bagi mengelakkan kerosakan yang lebih serius dalam sistem kereta secara keseluruhan, pastikan beri perhatian sekiranya ia menyala dan bawa kereta ke bengkel. Ingat, jangan ambil mudah amaran ini!

4) Amaran bateri

Jangan leka sekiranya lambang bateri kereta menyala. Indikator ini menyala bukan hanya disebabkan jangka hayat bateri sudah hampir tamat. Ia juga boleh berpunca daripada masalah voltan pengecasan rendah, kerosakan sistem pendawaian kuasa, komponen atau penjanakuasa ‘alternator’.

5) Amaran brek

Tanda amaran ini akan menyala apabila lampu mentol brek terbakar atau kenderaan kehilangan kemampuan membrek. Ia juga akan menyala sebagai tanda peringatan untuk melepaskan brek tangan atau brek parkir. Jika hal ini terjadi, periksa dahulu brek tangan dan lepaskannya jika ditarik. Sekiranya bukan disebabkan brek tangan, anda boleh periksa paras minyak brek untuk mengenal pasti puncanya.

6) Amaran beg keselamatan

Beg keselamatan dalam kenderaan berfungsi untuk melindungi pemandu dan penumpang apabila berlakunya kemalangan. Lampu amaran ini akan menyala ketika terdapat masalah pada sistem beg keselamatan yang perlu anda periksa supaya ia berfungsi apabila perkara tidak diingini berlaku. Sila bawa kereta anda ke bengkel atau pusat servis bertauliah untuk memperbaikinya dengan segera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Faktor Kerosakan Penyaman Udara Kereta

Penyaman udara dalam kereta memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan pemandu dan penumpang. Walau bagaimanapun, pengabaian terhadap fungsi penyaman udara boleh membawa kepada kerosakan...

Kenderaan Autonomi Generasi Baharu

Perkembangan teknologi semasa telah mendorong pengeluar kenderaan membangunkan pelbagai sistem baharu sebagai langkah menginovasikan industri automotif. Penciptaan kereta autonomi adalah antara pembaharuan pengeluar yang...

Warisan Loyang : Instrumen Persuratan

SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih...

Destinasi Pelancongan Pulau Yang Menarik

Pulau-pulau di Malaysia kini menjadi tumpuan pelancong dan merupakan destinasi percutian utama kerana keindahan kawasan yang cantik dan mempesonakan. Setelah puas terperuk akibat pandemik...

Fleet SPANCO Mencecah 13,000 Kenderaan

SPANCO memulakan operasi pada Januari 1994 dengan 2,200 buah kenderaan. Setelah 27 tahun berlalu, Julai 2020 melakar sejarah baharu apabila fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!