Padah Mengguna Semula Pelitup Muka

Semenjak bermulanya penularan wabak COVID-19, pelitup muka telah menjadi keperluan wajib dan penting. Ia merupakan sebahagian daripada norma baharu yang perlu diamalkan dalam mengekang pandemik ini. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang terdorong untuk mengguna semula pelitup muka ini untuk menjimatkan kos. Tabiat ini boleh meningkatkan risiko mudarat dan kesan negatif seperti berikut:

Pembiakan bakteria

Pelitup muka digunakan untuk menghalang penyebaran bakteria atau virus melalui udara. Pelitup muka yang digunakan seharian mempunyai banyak bakteria terkumpul pada permukaan luar akibat pendedahan kepada persekitaran luar yang tidak bersih. Penggunaan semula akan meningkatkan pembiakan bakteria pada pelitup ini yang sekaligus boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Jangkitan kuman

Udara panas dan permukaan lembab menyebabkan pertambahan pembiakan kuman pada pelitup muka yang digunakan seharian. Pengguna boleh dijangkiti penyakit akibat jangkitan kuman terhadap kulit muka. Ia biasanya berjangkit pada sekitar hidung, kening dan telinga yang kemudian menyebabkan ruam kemerahan di seluruh muka.

Demi menjaga kesihatan diri dan orang sekeliling, adalah wajib bagi kita untuk mengamalkan cara pemakaian pelitup muka yang betul. Berikut merupakan beberapa langkah pencegahan yang perlu anda amalkan:

photo-1586942593822-268ff3828458

1) Bersihkan pelitup muka

Pelitup muka jenis kain boleh diguna semula, tetapi ada syaratnya. Pelitup muka jenis kain harus dicuci setiap hari dengan merendam dalam air panas dan dibasuh dengan bersih sebelum menggunakan semula.

2) Tukar setiap 4-5 jam

Pelitup muka jenis pakai buang harus ditukar setiap 4-5 jam sekali dengan pelitup muka yang baharu untuk mengelakkan pengumpulan kuman dan bakteria.

3) Pengunaan pelitup muka pakai buang

Pelitup muka pakai buang hanya boleh digunakan sekali. Amalan memakai semula untuk hari keesokan adalah tidak baik kerana pembiakan bakteria akan meningkat pada permukaannya dan ia tidak efektif untuk mencegah penyebaran kuman. Dengan memakai semula, anda hanya meningkatkan risiko penyebaran kuman pada diri sendiri dan orang lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Faktor Kerosakan Penyaman Udara Kereta

Penyaman udara dalam kereta memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan pemandu dan penumpang. Walau bagaimanapun, pengabaian terhadap fungsi penyaman udara boleh membawa kepada kerosakan...

Kenderaan Autonomi Generasi Baharu

Perkembangan teknologi semasa telah mendorong pengeluar kenderaan membangunkan pelbagai sistem baharu sebagai langkah menginovasikan industri automotif. Penciptaan kereta autonomi adalah antara pembaharuan pengeluar yang...

Warisan Loyang : Instrumen Persuratan

SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih...

Destinasi Pelancongan Pulau Yang Menarik

Pulau-pulau di Malaysia kini menjadi tumpuan pelancong dan merupakan destinasi percutian utama kerana keindahan kawasan yang cantik dan mempesonakan. Setelah puas terperuk akibat pandemik...

Fleet SPANCO Mencecah 13,000 Kenderaan

SPANCO memulakan operasi pada Januari 1994 dengan 2,200 buah kenderaan. Setelah 27 tahun berlalu, Julai 2020 melakar sejarah baharu apabila fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!