Mudarat Obesiti Kepada Kesihatan

Obesiti di kalangan individu di Malaysia menunjukkan trend peningkatan dan membimbangkan. Berikut disenaraikan beberapa risiko penyakit yang dikaitkan dengan obesiti yang perlu diambil perhatian:

1) Penyakit jantung

Individu obes memerlukan lebih banyak darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke dalam badan mereka yang secara tidak langsung akan meningkatkan tekanan darah. Oleh itu, badan anda memerlukan tekanan lebih untuk mengalirkan sel darah merah ke seluruh badan yang menjadi punca serangan jantung dalam kalangan individu obes.

2) Penyakit angin ahmar

Kenaikan berat badan boleh meningkatkan risiko penyakit angin ahmar kerana kandungan lemak tinggi dalam badan menyebabkan kesukaran aliran darah serta menyekat alirannya ke seluruh badan. Ia juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan hipertensi yang menyumbang kepada penyakit ini.

3) Kencing manis

Obesiti boleh mencetuskan perubahan pada kadar metabolisme tubuh badan yang menyebabkan tisu lemak (tisu adiposa) melepaskan molekul lemak ke dalam darah. Ia boleh mempengaruhi sel-sel responsif insulin dan menyebabkan kerintangan insulin berkurang. Hal ini boleh menyebabkan penyakit kencing manis dalam kalangan individu obes.

4) Kanser

Kandungan lemak tinggi pada individu yang obes akan menyebabkan sel lemak menghasilkan lebihan hormon dan sel dalam badan. Ia akan meningkatkan bilangan sel dalam badan secara kerap dan boleh meningkatkan risiko pertumbuhan sel kanser.

5) Masalah pernafasan ketika tidur

Perubahan fizikal dari segi berat dan saiz badan seseorang akan mempengaruhi kualiti hidup termasuk kualiti tidur. Individu dengan masalah ini akan mengalami apnea tidur iaitu masalah pernafasan ketika tidur dan menjadi punca keletihan. Ia berlaku kerana kandungan lemak berlebihan di leher atau dada yang menyukarkan corak pernafasan badan dan mengurangkan aliran oksigen ke otak.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Faktor Kerosakan Penyaman Udara Kereta

Penyaman udara dalam kereta memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan pemandu dan penumpang. Walau bagaimanapun, pengabaian terhadap fungsi penyaman udara boleh membawa kepada kerosakan...

Kenderaan Autonomi Generasi Baharu

Perkembangan teknologi semasa telah mendorong pengeluar kenderaan membangunkan pelbagai sistem baharu sebagai langkah menginovasikan industri automotif. Penciptaan kereta autonomi adalah antara pembaharuan pengeluar yang...

Warisan Loyang : Instrumen Persuratan

SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih...

Destinasi Pelancongan Pulau Yang Menarik

Pulau-pulau di Malaysia kini menjadi tumpuan pelancong dan merupakan destinasi percutian utama kerana keindahan kawasan yang cantik dan mempesonakan. Setelah puas terperuk akibat pandemik...

Fleet SPANCO Mencecah 13,000 Kenderaan

SPANCO memulakan operasi pada Januari 1994 dengan 2,200 buah kenderaan. Setelah 27 tahun berlalu, Julai 2020 melakar sejarah baharu apabila fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!