Ketahui Fungsi Bahan Api Kenderaan Anda

Segelintir pengguna kenderaan sentiasa keliru mengenai perbezaan dan kegunaan antara dua jenis bahan api yang berdasarkan indeks Research Octane Number (RON) iaitu RON 95 dan RON 97. Pelbagai mitos ditularkan mengenai kegunaannya dan ia telah mencetuskan pendapat berbeza dalam kalangan pengguna. Kami berkongsi beberapa ciri dan perbezaan kedua-dua jenis petrol tersebut bagi memberi gambaran jelas kepada pengguna kenderaan dalam memilih bahan api sesuai untuk kenderaan anda.

Research Octane Number (RON)

RON adalah gred bahan api yang bergantung kepada keupayaan untuk menentang pencucuhan automatik atau ketukan enjin. Ia adalah campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya sebagai bahan bakar petrol. RON adalah gred yang diklasifikasikan bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga ketika proses pembakaran. Semakin tinggi nombor oktana, semakin tinggi keupayaannya untuk menahan kemampatan sebelum ia terbakar. Minyak RON 95 mengandungi 95 peratus kandungan oktana dan selebihnya ialah pentana. Manakala, RON 97 mengandungi 3 peratus pentana dan selebihnya adalah oktana.

Kuasa lebih tinggi

Secara umumnya, enjin kereta yang memainkan peranan dalam penentuan kegunaan jenis bahan api dalam kenderaan individu. Sesetengah enjin kereta yang menggunakan kuasa tinggi memerlukan bahan api kuasa tinggi untuk proses pembakaran dan sebaliknya. Oleh itu, kenderaan yang mempunyai fungsi enjin berprestasi tinggi, digalakkan untuk menggunakan RON 97 supaya dapat meningkatkan kecekapan termodinamik dan menghasilkan kuasa lebih baik daripada enjin biasa yang menggunakan RON 95. Penggunaan minyak jenis ini akan mengurangkan risiko ketukan dan mampu beroperasi pada tekanan serta suhu yang tinggi.

Kandungan Bahan Aditif

Setiap pengeluar mengeluarkan bahan bakar yang mempunyai kandungan bahan aditif yang berbeza dan bertindak sebagai pemangkin yang meningkatkan nilai RON. Perbezaan bahan aditif ini merangkumi penggunaan kandungan sulfur, bahan bakar dan lain-lain berdasarkan formulasi syarikat masing-masing. Kedua-dua minyak ini mempunyai kandungan oktana dan pentana berbeza tetapi fungsinya masih sama berdasarkan kesesuaian enjin kenderaan. Oleh itu, mitos mengenai penggunaan bahan api RON bergred tinggi seperti RON 97 adalah lebih baik daripada RON 95 adalah tidak benar kerana ia bergantung pada enjin kenderaan anda, bukan terhadap minyak yang digunakan.

Kualiti

Mitos mengenai kualiti RON 95 adalah rendah berbanding RON 97 adalah tidak benar. Kedua-dua jenis minyak ini mempunyai fungsi masing-masing dalam proses pembakaran yang secara tidak langsung bergantung kepada tekanan enjin kenderaan. Kebuk pembakaran yang berupaya membakar dengan 95 peratus oktana adalah sesuai menggunakan RON 95 di mana oktana berperanan untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Penggunaan RON 95 tidak sesuai bagi enjin yang memerlukan tekanan oktana sebanyak 97 peratus iaitu minyak RON 97 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan. Dengan ini, bahan bakar yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin kenderaan kerana kualitinya bergantung pada jenis enjin.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Faktor Kerosakan Penyaman Udara Kereta

Penyaman udara dalam kereta memainkan peranan penting dalam memastikan keselesaan pemandu dan penumpang. Walau bagaimanapun, pengabaian terhadap fungsi penyaman udara boleh membawa kepada kerosakan...

Kenderaan Autonomi Generasi Baharu

Perkembangan teknologi semasa telah mendorong pengeluar kenderaan membangunkan pelbagai sistem baharu sebagai langkah menginovasikan industri automotif. Penciptaan kereta autonomi adalah antara pembaharuan pengeluar yang...

Warisan Loyang : Instrumen Persuratan

SPANCO telah meneruskan jalinan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih...

Destinasi Pelancongan Pulau Yang Menarik

Pulau-pulau di Malaysia kini menjadi tumpuan pelancong dan merupakan destinasi percutian utama kerana keindahan kawasan yang cantik dan mempesonakan. Setelah puas terperuk akibat pandemik...

Fleet SPANCO Mencecah 13,000 Kenderaan

SPANCO memulakan operasi pada Januari 1994 dengan 2,200 buah kenderaan. Setelah 27 tahun berlalu, Julai 2020 melakar sejarah baharu apabila fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!