Majlis Simbolik Penyerahan Kenderaan Baharu Jabatan Imigresen Malaysia

Pada tarikh 3 Julai 2020, satu majlis simbolik penyerahan kenderaan baharu kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah diadakan di Ibu Pejabat JIM, Putrajaya.

Kenderaan baharu model Proton Saga 1.3L ini dibekalkan melalui konsesi pengurusan fleet oleh SPANCO untuk kegunaan am JIM di seluruh negara.

Majlis ringkas ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Imigresen, YBhg Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud melalui penyerahan kunci replika kereta Proton Saga oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, YBhg Dato’ Hamzah Mohd Salleh.

Objektif utama pembekalan kereta baharu ini adalah untuk melancarkan urusan dan tugasan harian kakitangan JIM, sekaligus meningkatkan produktiviti dan kecekapan jabatan.

Sebanyak 68 unit kereta baharu ini akan mula dibekalkan secara berperingkat sepanjang bulan Julai.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!