Taklimat Pengurusan Saman Bersama Pegawai Kenderaan

Sesi taklimat perhubungan antara Perbendaharaan Malaysia dan Pegawai-Pegawai Kenderaan telah dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Kenderaan, Bahagian Pengurusan Aset Awam di Kementerian Kewangan, Putrajaya baru-baru ini.

Siri taklimat yang berlangsung sepanjang tiga hari bermula 30 Jun itu adalah untuk memberi penerangan mengenai pengurusan saman trafik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara.

Maklumat berkaitan Pekeliling Perbendaharaan berkenaan Pengurusan Kenderaan Kerajaan turut disampaikan kepada para hadirin, di samping sesi soal jawab berkaitan perkara-perkara berbangkit.

Pegawai-Pegawai Kenderaan daripada 33 buah kementerian, jabatan dan agensi terlibat dalam siri taklimat ini. Ia turut disertai wakil-wakil agensi penguatkuasaan termasuk daripada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik PDRM, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!