Kepentingan Minyak Gear Kepada Kenderaan

Penjagaan setiap komponen kenderaan penting supaya ia sentiasa berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan kotak gear di mana minyaknya perlu diganti secara berkala bagi memastikan kelancaran pergerakan gear. Pengabaian dalam memeriksa keadaan minyak gear juga boleh menyebabkan kerosakan komponen lain. Berikut disenaraikan beberapa informasi yang perlu anda ketahui mengenai minyak gear:

Fungsi

Kegunaan utama minyak gear adalah untuk memastikan kelinciran pergerakan gear ketika kenderaan bergerak. Ia juga berfungsi sebagai penghalang komponen logam dalam kotak gear daripada bergeser antara satu sama lain dan mengekalkan tahap suhu normal pada bahagian lain dalam sistem transmisi.

Selain itu, minyak gear turut membersihkan dan menjaga permukaan logam gear daripada haus serta memberi tekanan pergerakan ketika menukar gear. Kesumbatan partikal atau kekotoran di dalam penapis boleh menjadi punca minyak gear tidak mengalir dengan sempurna ke sistem transmisi sehingga menggagalkan fungsi kotak gear.

Jenis

Perbezaan jenis minyak gear dapat dilihat dengan kelikatan kinematik dan komposisi kimia. Terdapat tiga jenis minyak gear yang terbahagi kepada kategori mineral, sintetik dan semi sintetik. Cecair berasaskan sintetik disyorkan oleh pengeluar kerana ia sesuai untuk operasi kenderaan pada suhu yang tinggi dan tidak memerlukan penggantian yang kerap seperti dua jenis minyak yang lain.

Minyak gear yang berbeza digunakan untuk kenderaan transmisi automatik dan transmisi manual. Sebelum menukar minyak gear, pastikan gred minyak adalah betul berdasarkan jenis kotak gear kenderaan anda. Kesilapan memilih gred minyak boleh menyumbang kepada masalah kotak gear.

Tempoh Penukaran

Ramai tidak mengendahkan pemeriksaan minyak gear kerana menganggap ia tidak penting untuk dijaga seperti komponen kenderaan lain. Kenderaan yang menggunakan transmisi manual atau automatik mempunyai jangka hayat minyak gear yang berbeza. Secara umumnya, pengeluar kenderaan akan mengesyorkan penukaran minyak gear dilakukan berdasarkan tempoh masa atau perbatuan yang telah ditetapkan mengikut jenis kenderaan.

Anda juga boleh menggunakan alat pengukur paras minyak kotak gear bagi memeriksa keadaan minyak. Minyak yang masih berada dalam keadaan baik biasanya berwarna merah manakala ia akan bertukar kepada warna hitam akibat pertambahan kekotoran dan kelikatan.

Lakukan penyenggaraan seperti yang dijadualkan di pusat servis bertauliah bagi membantu pemeriksaan dan penukaran minyak gear dibuat secara keseluruhan. Anda disarankan untuk menukar penapis minyak gear dua tahun sekali sebagai langkah pembersihan lebihan besi atau habuk besi yang tersumbat dan bagi mengelakkan enjin serta kotak gear terhakis. Sila rujuk buku manual yang disediakan oleh pengeluar kenderaan bagi mengetahui tempoh penukaran minyak gear anda. Jadilah pemandu yang berpengetahuan dan peka terhadap kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!