Tabiat Pemakanan Yang Memudaratkan

Tabiat pemakanan boleh menyumbang kepada tahap kesihatan setiap individu. Pemilihan jenis dan kuantiti makanan yang betul sangat penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Disenaraikan makanan dan ramuan yang perlu anda awasi dalam diet seharian:

1) Gula

Minuman manis sudah semestinya menjadi pilihan ramai. Tahukah anda penggunaan susu pekat manis bagi membancuh segelas teh mengandungi 21 gram gula? Penyumbang utama kepada kes penyakit diabetes dan obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia adalah akibat penggunaan susu pekat manis dalam makanan harian. Oleh itu, bagi memastikan kandungan paras gula dalam darah berada pada tahap normal, anda disarankan untuk mengantikan penggunaan susu pekat kepada susu tepung atau susu segar.

2) Garam

Pernahkah anda terfikir jumlah kandungan garam yang terdapat dalam makanan harian anda? Kandungan garam harian yang sepatutnya diambil oleh seorang individu ialah kurang daripada 6 gram. Garam atau sodium boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan jenis makanan mengandungi garam termasuk makanan pengawet. Pengambilan garam yang keterlaluan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi dan menjejaskan buah pinggang. Sebelum terlambat, anda perlu kurangkan pengambilannya bagi melindungi kesihatan diri.

3

3) Makanan segera

Amalan memakan makanan segera secara kerap boleh menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Kandungan perisa tambahan dan pengawet dalam makanan segera boleh meningkatkan risiko terhadap kesihatan anda.

4) Makanan ringan

Ramai mengetahui kudapan seperti makanan ringan tidak mempunyai khasiat dan boleh memudaratkan kesihatan. Ia adalah antara makanan yang mengandungi kalori tinggi kerana penggunaan bahan pewarna tiruan, garam monosodium glutamate (MSG), lemak dan minyak.

5) Makanan dalam tin

Makanan dalam tin biasanya mengandungi lapisan bahan kimia yang dipanggil Bisphenol-A (BPA). Nutrisi yang terkandung dalam makanan tin juga agak rendah. Penggunaan bahan pengawet seperti gula, garam, pewarna dan lain-lain bagi memastikan makanan tahan lama mampu memudaratkan kesihatan pengguna. Sentiasa baca keterangan ramuan bagi memastikan kandungan yang terdapat dalam satu tin makanan adalah sihat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!