Telefon Pintar : Mudarat Di Sebalik Kemudahannya

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan teknologi dan multimedia tanpa had ini, telefon pintar digunakan secara meluas dan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan peranti digital memberikan faedah kepada setiap individu. Namun, penggunaan secara keterlaluan boleh meninggalkan kesan pada diri dan orang sekeliling seperti berikut:

1) Ibu bapa

Alat komunikasi mudah alih mampu menjadi punca utama kewujudan jurang antara ahli keluarga. Ketaksuban ibu bapa dengan telefon pintar boleh menyebabkan interaksi antara ibu bapa dengan anak terbatas dan terganggu. Sebagai ibu bapa, anda perlu mengurangkan penggunaan telefon dengan mengawal waktu penggunaannya di rumah. Sentiasa ingat perhatian anda terhadap keluarga tidak boleh diabaikan.

2) Kanak-kanak

Jika dahulu nyanyian, pantun atau cerita rakyat merupakan cara memujuk kanak-kanak tetapi kini ibu bapa menggunakan teknologi sebagai alat pemujukan mereka. Sikap tidak ambil endah ibu bapa menjadi punca ketagihan anak-anak terhadap telefon pintar sejak kecil. Ia juga boleh menjejaskan penglihatan anak sehingga mereka perlu memakai cermin mata. Kesan seperti perkembangan fizikal terbantut, gangguan perkembangan sistem kognitif, akademik merosot dan sebagainya juga boleh berlaku. Hadkan penggunaan telefon bagi mereka, lebihkan aktiviti fizikal seperti membaca buku bagi mengalihkan perhatiannya.

3) Kesihatan

Penggunaan telefon pintar terutamanya pada waktu malam akan merosakkan mata kerana cahaya biru yang terdapat pada paparan telefon. Pendedahan mata kepada cahaya tersebut boleh merosakkan retina iaitu lapisan tisu di belakang mata. Penglihatan anda akan terjejas jikalau terdedah lama kepada cahaya biru tersebut. Bukan sekadar itu, kualiti tidur turut terjejas akibat gangguan melatonin. Bagi mengelakkan diri daripada situasi ini, anda boleh kurangkan tahap pencahayaan skrin atau jangan guna telefon sejam sebelum tidur.

4) Komunikasi

Jaringan interaksi sosial maya membolehkan anda kekal berhubung dengan keluarga dan rakan tanpa mengira tempat dan waktu. Namun begitu, ia telah memberi kesan terhadap komunikasi bersemuka antara individu. Ramai kini mengalami kesukaran bercakap semuka antara satu sama lain. Ia juga boleh mengakibatkan kesan negatif di mana kebolehpercayaan semakin berkurang dan salah faham antara satu sama lain semakin meningkat disebabkan penyampaian mesej yang tidak betul.

Ingat telefon bimbit hanyalah alat komunikasi peribadi yang perlu dikawal penggunaannya, jangan biarkannya menguasai kehidupan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!