Petua Keselamatan Jalan Raya

Hampir setiap hari berita mengenai kemalangan jalan raya disiarkan melalui media massa. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan statistik kemalangan. Namun, masih ramai lagi yang tidak mengendahkan kepentingan untuk bersikap dengan lebih cermat ketika di jalan raya. Dalam siri pertama ini, SPANCO berkongsi petua keselamatan jalan raya yang perlu diamalkan oleh setiap individu. Siri kedua akan menyusul dalam artikel seterusnya.

1) Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat

Sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi, anda perlu memastikan kenderaan yang akan dipandu berada dalam keadaan baik. Ia adalah perkara yang wajib dilakukan supaya tiada gangguan berlaku sepanjang perjalanan dan kenderaan berada dalam keadaan selamat. Pastikan kereta anda diservis mengikut jadual yang ditetapkan.

2) Sentiasa ikut had laju yang ditentukan

Had laju ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan kemalangan jalan raya. Ia perlu dipatuhi untuk pemanduan yang selamat di lebuh raya atau jalan raya. Pastikan anda mematuhi dan tidak memecut melebihi had laju bagi melindungi nyawa anda dan orang lain.

3) Beri isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong

Pemandu yang bersikap cuai boleh membawa padah kepada pengguna jalan raya yang lain. Sentiasa beri isyarat semasa menukar lorong dan membelok ke kiri atau ke kanan. Gunakan lampu isyarat membelok sebelum menukar arah sebagai langkah memberi isyarat kepada pemandu lain. Mulakan dengan melihat cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan penukaran lorong.

4) Berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning

Pelanggaran lampu isyarat adalah antara punca kesalahan utama berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Perbuatan melanggar lampu isyarat bukan sahaja membawa bahaya kepada diri sendiri, malah ia turut membahayakan pemandu lain. Pastikan anda mematuhi lampu isyarat di jalan raya dengan memberhentikan kenderaan apabila ia berwarna merah dan perlahankan kelajuan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar kepada jingga. Sebagai langkah pencegahan, sila tunggu dua hingga tiga saat selepas lampu isyarat bertukar warna kepada hijau untuk memberi laluan kepada pemandu yang datang dari arah bertentangan. Amalkan sikap memberi laluan kepada pejalan kaki. Sentiasa ingat, biar lambat asalkan selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Majlis Simbolik Penyerahan Kenderaan Baharu Jabatan Imigresen Malaysia

Pada tarikh 3 Julai 2020, satu majlis simbolik penyerahan kenderaan baharu kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah diadakan di Ibu Pejabat JIM, Putrajaya. Kenderaan baharu...

Taklimat Pengurusan Saman Bersama Pegawai Kenderaan

Sesi taklimat perhubungan antara Perbendaharaan Malaysia dan Pegawai-Pegawai Kenderaan telah dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan Kenderaan, Bahagian Pengurusan Aset Awam di Kementerian Kewangan, Putrajaya baru-baru...

Kepentingan Minyak Gear Kepada Kenderaan

Penjagaan setiap komponen kenderaan penting supaya ia sentiasa berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan kotak gear di mana minyaknya perlu diganti secara berkala bagi...

Tabiat Pemakanan Yang Memudaratkan

Tabiat pemakanan boleh menyumbang kepada tahap kesihatan setiap individu. Pemilihan jenis dan kuantiti makanan yang betul sangat penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Disenaraikan...

Penyerahan Kereta Peronda Baharu Kepada PDRM Kontinjen Kuala Lumpur & Selangor

Penyerahan kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) baharu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!