Petua Keselamatan Jalan Raya

Hampir setiap hari berita mengenai kemalangan jalan raya disiarkan melalui media massa. Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan statistik kemalangan. Namun, masih ramai lagi yang tidak mengendahkan kepentingan untuk bersikap dengan lebih cermat ketika di jalan raya. Dalam siri pertama ini, SPANCO berkongsi petua keselamatan jalan raya yang perlu diamalkan oleh setiap individu. Siri kedua akan menyusul dalam artikel seterusnya.

1) Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat

Sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi, anda perlu memastikan kenderaan yang akan dipandu berada dalam keadaan baik. Ia adalah perkara yang wajib dilakukan supaya tiada gangguan berlaku sepanjang perjalanan dan kenderaan berada dalam keadaan selamat. Pastikan kereta anda diservis mengikut jadual yang ditetapkan.

2) Sentiasa ikut had laju yang ditentukan

Had laju ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan kemalangan jalan raya. Ia perlu dipatuhi untuk pemanduan yang selamat di lebuh raya atau jalan raya. Pastikan anda mematuhi dan tidak memecut melebihi had laju bagi melindungi nyawa anda dan orang lain.

3) Beri isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong

Pemandu yang bersikap cuai boleh membawa padah kepada pengguna jalan raya yang lain. Sentiasa beri isyarat semasa menukar lorong dan membelok ke kiri atau ke kanan. Gunakan lampu isyarat membelok sebelum menukar arah sebagai langkah memberi isyarat kepada pemandu lain. Mulakan dengan melihat cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan penukaran lorong.

4) Berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning

Pelanggaran lampu isyarat adalah antara punca kesalahan utama berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Perbuatan melanggar lampu isyarat bukan sahaja membawa bahaya kepada diri sendiri, malah ia turut membahayakan pemandu lain. Pastikan anda mematuhi lampu isyarat di jalan raya dengan memberhentikan kenderaan apabila ia berwarna merah dan perlahankan kelajuan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar kepada jingga. Sebagai langkah pencegahan, sila tunggu dua hingga tiga saat selepas lampu isyarat bertukar warna kepada hijau untuk memberi laluan kepada pemandu yang datang dari arah bertentangan. Amalkan sikap memberi laluan kepada pejalan kaki. Sentiasa ingat, biar lambat asalkan selamat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!