Jadilah Pembeli Dalam Talian Yang Bijak

Pembelian secara dalam talian telah meningkat dengan mendadak terutamanya apabila bermula fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19. Ia kini menjadi satu norma baharu dalam kehidupan seharian. Namun, kemudahan di hujung jari ini masih mempunyai beberapa isu terutamanya dari segi keselamatan. Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan amalkan untuk menjadi pembeli bijak:

1) Pilih platform yang selamat

Perniagaan secara dalam talian telah meningkatkan kemunculan pelbagai laman sesawang e-dagang. Pastikan pada laman web mempunyai ‘https’ pada awalan bar URL, dan bukan ‘http’. HTTPS melambangkan bahawa laman web tersebut selamat digunakan dan maklumat yang dikongsi oleh anda akan kekal rahsia.

2) Layari platform melalui sambungan selamat

Lakukan pembelian melalui laman sesawang selamat dan elakkan pembelian menerusi komputer berkongsi serta melalui sambungan WiFi percuma seperti di kafe atau tempat awam. Hal ini untuk mengelakkan berlakunya penggodaman maklumat penting anda seperti maklumat perbankan atau kad kredit.

3) Bandingkan harga

Harga produk adalah berbeza di setiap laman e-dagang. Walaupun harga di laman e-dagang lebih murah daripada kedai fizikal, sebagai pengguna bijak, anda perlu melakukan perbandingan harga bagi produk yang sama. Hal ini kerana, terdapat penjual yang menjual produk dengan harga rendah tetapi kos penghantaran barangan tinggi dan sebaliknya. Ia menjadi tanggungjawab pembeli untuk melakukan tinjauan sebelum membeli barang supaya dapat menilai kos pembelian.

4) Lihat polisi kedai

Polisi kedai adalah penting untuk dilihat bagi mengetahui tempoh dan jenis jaminan yang ditawarkan oleh penjual. Sentiasa baca polisi kedai atau bertanya terus kepada penjual mengenai polisi pemulangan barang atau wang sekiranya barangan yang dibeli tidak memenuhi spesifikasi yang anda inginkan.

5) Jangan buang maklumat pembelian

Pastikan anda menyimpan maklumat pembelian seperti nama penjual, nombor telefon, nombor pendaftaran perniagaan dan maklumat iklan barang ditawarkan sebagai bukti. Dengan ini, anda dapat membuat aduan atau menuntut balik wang daripada penjual sekiranya barang yang dipesan tidak sampai atau mengalami kerosakan.

6) Jangan kongsi maklumat peribadi yang tidak perlu

Awasi maklumat yang dikongsi kepada para penjual. Seorang penjual hanya perlu meminta maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon dan nombor kad kredit sahaja. Maklumat yang lebih daripada itu tidak digalakkan untuk dikongsi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!