Prosedur Baharu Di Pusat Servis SPANCO Dalam Membendung Wabak COVID-19

Bagi membendung penularan wabak COVID-19, semua sektor perlu beroperasi berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelanggan, prosedur operasi di semua Pusat Servis SPANCO telah disesuaikan seperti berikut:

1) Lakukan temujanji melalui aplikasi mobil SPANCO

Para pelanggan SPANCO dikehendaki untuk membuat temujanji di Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves, PSW Bangi serta rangkaian Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO di seluruh negara melalui aplikasi mobil SPANCO terlebih dahulu bagi sebarang urusan penyenggaraan dan pembaikan kenderaan.

Lakukan temujanji dua hari sebelum tarikh penghantaran kenderaan ke pusat servis bagi mengurangkan masa menunggu di pusat servis dan memastikan anda dilayan dengan lebih pantas dan mesra. Aplikasi mobil SPANCO boleh dimuat turun dari Google Play untuk peranti Android dan App Store untuk iOS.

2) Hubungi talian bebas tol SPANCO untuk bantuan kerosakan dan kemalangan

SPANCO akan tetap terus memberikan respon dan perkhidmatan terhadap semua aduan kerosakan kenderaan dan kemalangan yang dilaporkan melalui talian bebas tol 1-800-88-6999 selain melalui aplikasi mobil SPANCO.

3) Pengambilan dan pemulangan kenderaan

Segala urusan berkenaan pengambilan atau pemulangan kenderaan hanya boleh dilakukan melalui temujanji di PSW SPANCO Batu Caves sahaja. Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi kami di talian bebas tol 1-800-88-6999 atau melalui Eksekutif Akaun SPANCO yang bertanggungjawab ke atas kementerian, jabatan atau agensi berkaitan.

4) Pelanggan tidak dibenarkan menunggu

Semua pelanggan tidak dibenarkan menunggu di pusat servis selepas berurusan dengan penasihat servis SPANCO bagi membendung risiko penyebaran wabak COVID-19. Segala urusan pengambilan semula kenderaan yang telah siap disenggara atau dibaiki akan dimaklumkan kepada pelanggan oleh penasihat servis yang bertanggungjawab.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!