Amalkan Kebiasaan Baharu Dalam Kehidupan Seharian

Kerajaan telah menyeru masyarakat untuk mengadaptasi dan mengamalkan norma serta kebiasaan baharu dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini. Setiap daripada kita harus mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk mematuhi setiap peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi setiap sektor. Berikut disenaraikan beberapa norma baharu yang perlu diamalkan oleh setiap individu:

1) Keluar hanya jika perlu

Walaupun jangkitan semakin berkurangan, pengurangan risiko perlu dijadikan keutamaan. Keluar dari rumah hanya sekiranya anda mempunyai urusan tugas, membeli barang keperluan, mendapatkan rawatan perubatan dan melakukan rekreasi yang dibenarkan supaya dapat mengurangkan risiko penyebaran virus ini.

2) Amalkan pembayaran tanpa tunai

Amalkan pembayaran tanpa tunai dengan penggunaan aplikasi e-dompet, kad debit atau kad kredit. Ia lebih memudahkan proses pembayaran di pusat beli-belah, kedai dan restoran serta mengurangkan penggunaan wang kertas.

3) Jaga kebersihan diri

Penjagaan kebersihan diri adalah penting bagi mencegah penularan virus dalam kalangan masyarakat. Sentiasa mencuci tangan dan memakai pelitup muka sekiranya anda berada di kawasan orang ramai. Bersihkan diri apabila pulang ke rumah sebagai langkah melindungi diri dan ahli keluarga lain.

4) Belajar dalam talian

Ibu bapa dan pelajar perlu mengadaptasikan diri dengan gaya pembelajaran baharu dengan penggunaan medium digital. Mod pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara dalam talian telah mula diamalkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan. Ibu bapa juga perlu bersedia menggunakan teknologi supaya anak-anak yang masih bersekolah boleh belajar secara dalam talian dengan bantuan dan pantauan anda.

5) Amalkan pembelian dalam talian

Bagi mengelakkan berada di tempat awam dan keluar rumah secara kerap, anda digalakkan untuk membuat pembelian barangan keperluan secara dalam talian. Terdapat banyak platform dalam talian yang popular dan boleh dipercayai seperti Shopee dan Lazada. Beberapa pasar raya terkemuka juga ada menyediakan kemudahan beli-belah dalam talian ini seperti Tesco, Aeon dan sebagainya.

AMALKAN 3W (Wash, Wear dan Warn)

ELAKKAN 3C (Crowded place, Confined space dan Close conversation)

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!