Warisan Loyang Cerana – Santunan Tetamu

Seni loyang merupakan warisan bangsa yang perlu kita pertahankan untuk tatapan generasi akan datang supaya ia tidak ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan. SPANCO telah mengambil inisiatif melalui kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam menjulang warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi.

Prof. Dr. Che. Husna Azhari
Prof. Dr. Che. Husna Azhari, pakar reka Alam Melayu.

Sepanjang tahun 2020, PRIHATIN akan mempersembahkan artifak-artifak loyang terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Bagi kali ini, PRIHATIN mengetengahkan warisan loyang cerana.

Amalan memakan sirih adalah suatu adat dan tradisi masyarakat tradisional di Asia Tenggara. Cerana merupakan salah satu warisan masyarakat Melayu yang dimartabatkan sehingga kini di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai tepak sirih yang terdiri daripada pelbagai bentuk seperti segi empat tepat, biduk atau perahu dan berbentuk bulat seperti pinggan.

Daun sirih, pinang, kapur, gambir, cengkih, kacip dan tembakau merupakan antara bahan yang terdapat dalam cerana. Pada masa dahulu, pembuka bicara bagi sesuatu upacara tradisi dimulakan dengan memakan sirih terlebih dahulu bagi menunjukkan persediaan untuk memulakan perbincangan atau perbualan.

SPANCO TEMBAGA
Tembaga or Loyang

Adat ialah sesuatu yang dipelajari daripada generasi terdahulu dalam masyarakat. Ia diwarisi secara turun temurun daripada nenek moyang dan perlu kekal dimartabatkan kerana setiap adat resam mempunyai makna disebaliknya.

Begitu juga dengan penggunaan cerana di mana ia telah digunakan dalam upacara rasmi oleh golongan tua pada zaman dahulu. Cerana telah digunakan ketika upacara peminangan sebagai simbol dalam bentuk komunikasi bukan lisan.

Tembaga or Loyang

Menurut kajian, tepak sirih atau cerana merupakan perkara yang mesti ada dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu kerana ia merupakan kepala adat. Ia digunakan dalam adat meminang di mana pihak lelaki memulakan dengan menyampaikan pertanyaan kepada pihak perempuan.

Tepak sirih pula melambangkan rumah yang telah disediakan oleh wakil lelaki untuk dihuni oleh wanita yang dipinang. Tepak tersebut akan diserahkan kepada wakil wanita sekiranya peminangan diterima. Manakala sekiranya peminangan tidak diterima,  ia akan dipulangkan oleh pihak perempuan dengan penuh tertib sebagai simbol penolakan.

Selain itu, bahan-bahan dalam cerana mempunyai maksud tersendiri di mana buah pinang melambangkan sifat lelaki yang gagah dan berani seperti sifat pokok pinang yang tinggi. Cembul dalam tepak sirih pula membawa makna kehidupan dilalui oleh pasangan selepas mendirikan rumah tangga yang mempunyai pelbagai ragam.

Ia digambarkan oleh gabungan pinang, kapur, gambir, tembakau dan daun sirih yang mempunyai pelbagai rasa. Sebuah cerana pada masa dahulu telah melambangkan makna yang pelbagai. Kini, ia hanya digunakan sebagai alat iringan dalam upacara peminangan dan sebagai hantaran perkahwinan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!