Pasukan Bantuan Kerosakan SPANCO – Sentiasa Bersama Mu

Kerosakan kenderaan boleh berlaku secara tiba-tiba dan di mana-mana sahaja. Walaupun pemeriksaan secara berjadual dilakukan, kerosakan tetap boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai punca. Walau bagaimanapun, pelanggan dan pengguna kenderaan SPANCO tidak perlu risau dan cemas kerana SPANCO sentiasa ada untuk membantu anda.

Pelanggan dan pengguna kenderaan SPANCO boleh mendapatkan bantuan kerosakan 24 jam dengan menghubungi pusat panggilan melalui talian bebas tol 1800-88-6999 atau melalui Aplikasi Mobil SPANCO. Pasukan Bantuan Kerosakan SPANCO sentiasa bersedia untuk ke tempat kejadian pada bila-bila masa.

Muat turun: iOS atau Android

Pasukan bantuan kerosakan SPANCO akan tiba di lokasi kerosakan sekitar Lembah Klang dalam tempoh 45 minit sekiranya berada dalam lingkungan 25 km radius dari Pusat Servis manakala bagi lingkungan 50-100 km pula, tempoh tindak balas untuk bantuan tiba adalah dalam masa dua jam.

Bagi pelanggan yang mengalami kerosakan di luar Lembah Klang pula, pusat servis diiktiraf SPANCO yang berdekatan akan dimaklumkan untuk bantuan selanjutnya.

Pasukan bantuan juga dihantar ke lokasi kejadian untuk membaiki kenderaan sekiranya masalah kerosakan adalah kecil. Sebaliknya kenderaan terpaksa ditunda ke bengkel apabila kerosakan yang didapati adalah lebih serius dan memerlukan kerja-kerja pembaikan yang lebih besar.

200218Spanco-0138

Aplikasi Mobil SPANCO merupakan salah satu inovasi efektif bagi memudahkan pelanggan untuk berurusan dengan lebih cepat secara dalam talian serta mempercepatkan proses mendapat bantuan daripada pasukan bantuan kerosakan dengan mengesan lokasi anda secara tepat melalui navigasi GPS.

Bantuan kerosakan juga dipermudahkan bagi mereka, di mana pelanggan boleh memuat naik gambar kerosakan untuk mendapatkan bantuan di lokasi serta mereka boleh mendapatkan anggaran masa pasukan bantuan atau trak tunda tiba di lokasi melalui pemakluman menerusi telefon pintar mereka.

Sepanjang tahun 2020, SPANCO sentiasa menerima banyak aduan kerosakan kereta dari seluruh negara. Setakat bulan April, lebih daripada 1,000 aduan diterima bagi masalah kerosakan kereta.

200218Spanco-0130

Berdasarkan statistik, majoriti kes adalah disebabkan oleh kegagalan bateri kereta, kepanasan melampau enjin (overheating) dan kegagalan sistem elektrikal.

Ia diikuti dengan masalah lain seperti transmisi, tayar, kemalangan, kenderaan terkunci, pam bahan api, pengecas turbo, penghawa dingin, mekanikal dan lain-lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!