Penggunaan dan Manfaat E-Dompet

Zaman beralih musim berubah, kini dunia amat bergantung kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Dunia digital telah dikuasai masyarakat dari segi sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Kini, kita banyak bergantung kepada teknologi digital untuk memperoleh informasi secara pantas dan melaksanakan sesuatu urusan dengan lebih cepat. Boleh dikatakan masyarakat kini menggunakan kemudahan teknologi bagi mengawal setiap perkara di hujung jari mereka seperti manfaat e-dompet.

Manfaat E-Dompet (E-Wallet)

Sebagai contoh, transaksi pembayaran yang dahulu dilakukan menggunakan wang tunai, pindahan bank atau cek telah digantikan oleh aplikasi e-wallet atau e-dompet. Di Malaysia terdapat beberapa aplikasi e-dompet yang berwibawa seperti GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, FavePay dan sebagainya. Terdapat tiga e-dompet yang popular dan kerap digunakan oleh masyarakat yang menawarkan banyak kemudahan dan manfaat kepada pengguna iaitu:

touch 'n go e-wallet

1) Touch ‘n Go eWallet

Aplikasi ini merupakan dompet elektronik yang memudahkan pelbagai urusan anda. Ia bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat pembayaran tol secara PayDirect serta RFiD yang akan menolak baki dari e-dompet tetapi ia turut menawarkan pelbagai kemudahan lain. Antara servis lain yang ditawarkan oleh aplikasi ini ialah pembayaran parkir kereta, kad prabayar telefon, pembayaran bil utiliti, tiket wayang dan tiket penerbangan. Bukan itu sahaja, pembayaran di pasar raya terpilih juga boleh dilakukan dengan mudah.

Bagi menggunakan perkhidmatan ini, anda perlu sentiasa memastikan nilai e-dompet anda mencukupi. Tambah nilai boleh dilakukan melalui pembayaran atas talian atau pembelian kupon di lokasi-lokasi terpilih. Pengguna juga boleh menikmati rebat dan mendapat pulangan tunai daripada transaksi tertentu. Ia juga menawarkan pelbagai faedah kepada pengguna dari semasa ke semasa.

GrabPay e-wallet

2) GrabPay

Grab merupakan perkhidmatan e-hailing yang paling popular di Malaysia. Grab juga menawarkan perkhidmatan e-dompet melalui aplikasi GrabPay. Bukan sahaja membuat pembayaran untuk kemudahan penghantaran makanan Grab dan perkhidmatan e-hailing, malah anda boleh membuat pembayaran untuk produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh para syarikat dagangan. Antara pembayaran yang boleh dilakukan melalui perkhidmatan ini ialah pembayaran kad prabayar, bil utiliti, pembelian atas talian bagi perniagaan terpilih, penempahan hotel dan servis lain-lain.

Ia juga boleh digunakan di kedai, restoran dan tempat-tempat lain dengan pengimbasan kod QR GrabPay di premis tersebut untuk pembayaran. Manfaat penggunaan aplikasi ini ialah pengguna mendapat ganjaran jika melakukan pembayaran dengan GrabPay melalui GrabRewards dengan menerima mata GrabRewards yang kemudian boleh ditukarkan kepada pelbagai barangan menerusi katalog GrabRewards.

Boost eWallet

3) Boost

Aplikasi Boost telah lama wujud tetapi kurang diberi perhatian oleh orang ramai. Boost menjadikan transaksi lebih mudah, pantas, selamat dan juga memberikan pelbagai ganjaran kepada pengguna mereka. Antara perkhidmatan pembayaran yang ditawarkan oleh aplikasi ini ialah pembayaran bil utiliti, kad prabayar, pembayaran tambang pengangkutan awam, makanan, permainan online, pembelian atas talian, pelancongan, tiket wayang dan sebagainya. Anda juga boleh melayari berita terkini menerusi aplikasi ini yang terdapat dalam pelbagai bahasa.

Manfaat yang menarik dalam penggunaan aplikasi ini ialah pelbagai tawaran baucar dan pulangan tunai diberi kepada pengguna mereka. Pengguna boleh menggunakan baucar tersebut untuk menikmati potongan harga bagi produk yang ingin dibeli. Setiap transaksi boleh dilakukan dengan menambah nilai dalam aplikasi ini menerusi perbankan atas talian, kad debit dan kad kredit. Senang bukan?

Baca juga: Aplikasi Mobil SPANCO: Fungsi Ditambah, Dinaiktaraf

Kelebihan Penggunaan Teknologi E-Wallet

  • Perbelanjaan Direkodkan
    Anda tidak perlu risau memikirkan ke mana duit dibelanjakan kerana dengan penggunaan aplikasi ini anda boleh menjejak sejarah perbelanjaan dan transaksi yang dilakukan oleh anda menerusi aplikasi e-dompet.
  • Menjimatkan Masa
    Beratur panjang di plaza tol dan kedai boleh dielakkan dengan penggunaan aplikasi e-dompet kerana anda boleh menambah nilai secara atas talian dan tidak perlu menunggu untuk menerima duit baki di kaunter tunai. Semuanya mudah dengan aplikasi digital ini.
  • Pelbagai Diskaun
    Kebanyakkan e-dompet menawarkan pelbagai bentuk diskaun dengan tawaran pulangan tunai dan baucer daripada pelbagai syarikat pedagang. Dengan ini, anda turut dapat menjimatkan wang anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!