6 Tips Pemeriksaan Kereta Sendiri

Kenderaan membolehkan kita bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Ia perlu diperiksa secara berkala untuk mengelak masalah ketika mengendalikannya. Pemeriksaan kereta sendiri secara am untuk memastikan ia masih berada dalam keadaan baik. Berikut merupakan beberapa panduan untuk melakukan pemeriksaan kendiri terhadap kereta anda.

Pemeriksaan Kereta Sendiri

1) Tayar

Tayar adalah komponen penting untuk dijaga dan diperhatikan setiap hari supaya ia mencengkam jalan dengan baik. Pastikan pemeriksaan tekanaan angin tayar dilakukan secara berkala untuk mengelakkan tayar kempis. Kemudian periksa bebenang dan kesan koyak dengan mengukur kedalaman tayar menggunakan pembaris. Pastikan ia mempunyai kedalaman bunga sekitar 1.6 milimeter dan anda perlu menukar tayar sekiranya kedalamannya melebihi ukuran tersebut.

2) Bateri

Bateri kereta berfungsi sebagai pembekal arus elektrik bagi menghidupkan enjin. Terdapat dua jenis bateri kereta iaitu bateri basah dan kering. Bagi bateri basah, anda perlu memantau tahap air bateri berada pada paras normal manakala bagi bateri kering anda perlu melihat penunjuk caj bateri. Jika ia menunjukkan warna hijau, ia melambangkan bateri dalam keadaan baik manakala warna hitam menunjukkan terdapat masalah pada bateri yang perlu diselenggara.

Selain itu, kuasa bateri mudah menjadi lemah sekiranya kereta tidak dipandu dalam jangka masa lama. Panaskan enjin tiga kali seminggu selama 10 minit bagi memastikan altenator dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, kabel bateri perlu ditanggalkan daripada terminal untuk mengelakkan voltan mengalir balik daripada bateri.

Baca juga: Kepentingan Penjagaan Suspensi Kereta

3) Minyak Enjin

Enjin ialah jantung kereta yang perlu dijaga dengan baik supaya ia mempunyai jangka hayat panjang. Fungsi minyak enjin ialah membersihkan, melincirkan dan menyejukkan komponen dalam enjin yang secara tidak langsung menghalang daripada berlakunya sebarang kerosakan. Dengan ini, pemeriksaan tahap minyak pelincir atau lebih dikenali sebagai minyak hitam perlu dipastikan berada pada paras yang ditetapkan antara paras maksimum dan minimum pada dipstick.

Pemeriksaan boleh dilakukan secara mudah iaitu langkah pertama ialah menarik keluar dipstik dan mengelapnya dengan kain bersih. Kemudian masukkan kembali dipstik tersebut untuk mendapat bacaan paras minyak dengan jelas. Anda boleh menambah minyak hitam sekiranya paras minyak kurang daripada paras minimum.

4) Pengelap Cermin

Kereta yang diparkir di kawasan terbuka seperti di luar rumah mampu memberi kesan kerana ia terdedah pada cahaya matahari. Pengelap cermin yang diperbuat daripada getah perlu diberi perhatian kerana getah akan cepat keras sekaligus meninggalkan kesan pada cermin hadapan kereta. Oleh itu, pengelap cermin perlu sentiasa diangkat supaya ia tahan lebih lama dan berfungsi dengan baik.

5) Periksa Sisa Makanan

Sisa makanan yang tertinggal di dalam kereta akan meninggalkan bau yang tidak menyenangkan dan berpotensi untuk kemasukan makhluk perosak. Bersihkan sisa makanan dengan penyedut hampagas untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan. Anda juga boleh menurunkan sedikit cermin tingkap kereta bagi pengedaran udara yang lebih baik serta meletakkan wangian supaya bau tersebut cepat hilang.

6) Makhluk Perosak

Kenderaan yang ditinggalkan bagi tempoh yang lama berpotensi untuk menjadi rumah bagi makhluk perosak dan haiwan seperti tikus dan ular. Bagi mengelakkan kemasukan makhluk dan haiwan ini, anda disyorkan untuk membuka hud kereta dan periksa sama ada terdapat kesan gigitan pada wayar serta digalakkan menyembur pelindung makhluk perosak bagi mengelakkan kehadirannya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Kecuaian Yang Menyebabkan Kegagalan Bateri Kereta

Bateri adalah umpama nyawa bagi menghidupkan sesebuah kereta. Ia berfungsi sebagai komponen utama untuk permulaan sistem kereta. Adalah penting untuk menjaga bateri kereta yang...

Sumbangan Khairat SPANCO Kepada Waris Mangsa Kemalangan

Pada 15 Mei 2020 yang lalu, Pihak SPANCO telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris-waris mangsa kemalangan maut yang melibatkan kenderaan SPANCO baru-baru ini....

Elakkan Penyebaran Maklumat Tidak Sahih

Dalam suasana negara dilanda musibah COVID-19, penyebaran maklumat tidak sahih yang berlaku secara berleluasa adalah amat mendukacitakan. Di sebalik keghairahan dalam berkongsi maklumat, orang...

Warisan Loyang Cerana – Santunan Tetamu

Seni loyang merupakan warisan bangsa yang perlu kita pertahankan untuk tatapan generasi akan datang supaya ia tidak ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan. SPANCO...

Tonton Video Si Cilik Menyediakan Juadah Raya

Resipi mudah untuk dilakukan bersama anak-anak anda di dapur. Aktiviti bersama dapat merapatkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak. Jom! https://youtu.be/Xga2MNqqgH0 Bahan-bahan (untuk 50-60 biji): 4 cawan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!