5 Panduan dan Tips ‘Work From Home’

Pandemik COVID-19 telah mewujudkan ‘a new normal’ termasuk situasi bekerja. Istilah ‘Work from Home’ yang dikenali sebagai kerja dari rumah telah menjadi norma baharu bagi ramai antara kita.

‘Work From Home’

Walaupun ia memberi masa yang lebih untuk diluangkan bersama keluarga, ia juga menimbulkan beberapa cabaran bagi pekerja terutamanya dalam menguruskan rumahtangga. Oleh itu, SPANCO berkongsi panduan dan tips ‘Work from Home’.

Work From Home
Photo by Charles Deluvio on Unsplash

1) Agihkan Tugas Bersama Pasangan

Pengagihan kerja rumah dengan pasangan dapat mengurangkan masa dan beban kerja pasangan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti bekerja dari rumah. Pasangan juga boleh menjaga anak secara bergilir-gilir dengan menyesuaikan jadual kerja anda.

2) Berkomunikasi

Menerangkan keadaan di rumah kepada penyelia terutamanya bagi pekerja yang mempunyai bayi dan anak kecil. Cara penyampaian mesej secara jelas dan berkesan amat penting supaya majikan dapat memahami situasi anda di rumah.

3) Ruang Kerja Kondusif

Pilih tempat yang selesa, tenang, ada pencahayaan, kurang bising dan jauh daripada gangguan lain supaya anda dapat bekerja dengan tenteram serta tidak mengganggu orang lain di rumah.

Work From Home
Photo by Mia Baker on Unsplash

4) Menyediakan Jadual Waktu

Ibu bapa boleh menyediakan jadual waktu dan rutin bagi anak-anak supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Masa makan, belajar, riadah dan istirehat perlu disesuaikan supaya ia dapat membantu ibu bapa dan anak-anak untuk menghadapi situasi ini bersama-sama.

5) Mendidik Anak-Anak Untuk Berdikari

Ibu bapa perlu mengajar anak-anak berdikari supaya mereka kurang menganggu anda ketika bekerja. Kanak-kanak lebih tua boleh diberi tanggungjawab untuk menjaga adik-adik sementara anda bekerja.

Baca juga: Tips Makanan Sahur untuk Ramadan 1441H

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Kecuaian Yang Menyebabkan Kegagalan Bateri Kereta

Bateri adalah umpama nyawa bagi menghidupkan sesebuah kereta. Ia berfungsi sebagai komponen utama untuk permulaan sistem kereta. Adalah penting untuk menjaga bateri kereta yang...

Sumbangan Khairat SPANCO Kepada Waris Mangsa Kemalangan

Pada 15 Mei 2020 yang lalu, Pihak SPANCO telah menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada waris-waris mangsa kemalangan maut yang melibatkan kenderaan SPANCO baru-baru ini....

Elakkan Penyebaran Maklumat Tidak Sahih

Dalam suasana negara dilanda musibah COVID-19, penyebaran maklumat tidak sahih yang berlaku secara berleluasa adalah amat mendukacitakan. Di sebalik keghairahan dalam berkongsi maklumat, orang...

Warisan Loyang Cerana – Santunan Tetamu

Seni loyang merupakan warisan bangsa yang perlu kita pertahankan untuk tatapan generasi akan datang supaya ia tidak ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan. SPANCO...

Tonton Video Si Cilik Menyediakan Juadah Raya

Resipi mudah untuk dilakukan bersama anak-anak anda di dapur. Aktiviti bersama dapat merapatkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak. Jom! https://youtu.be/Xga2MNqqgH0 Bahan-bahan (untuk 50-60 biji): 4 cawan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!