Kekal Positif Sepanjang PKP

Kita kini dalam fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berakhir pada 28 April 2020. Adalah penting untuk kita sentiasa kekal positif sepanjang PKP, menghadapi tempoh kritikal ini bagi membendung wabak COVID-19.

Kekal Positif Sepanjang PKP

Jadikan diri sentiasa aktif secara fizikal, sosial, intelektual serta emosi. Manfaatkan waktu yang ada untuk melakukan aktiviti bersama ahli keluarga. SPANCO berkongsi tips aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di rumah sepanjang tempoh PKP ini. ‘Stay home, stay safe’.

1. Bersihkan Rumah

Ajak ahli keluarga untuk sanitasi rumah anda, terutamanya tempat yang kerap disentuh seperti suis-suis, tombol pintu, alat kawalan jauh dan sebagainya.

01-Bersihkan-Rumah - Kekal Positif Sepanjang PKP

2. Bersenam

PKP bukanlah penghalang untuk kita supaya terus kekal aktif. WHO menyarankan supaya orang dewasa melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit manakala kanak-kanak pula selama 1 jam setiap hari.

02-Bersenam - Kekal Positif Sepanjang PKP

3. Membaca & menambah pengetahuan

Inilah masa yang sesuai untuk menambah pengetahuan dan belajar kemahiran yang baru. Pelbagai kelas dalam talian boleh dimanfaatkan sama ada yang percuma atau yang berbayar.

03-Membaca-Menambah-Pengetahuan - Kekal Positif Sepanjang PKP

4. Memasak bersama

Aktiviti memasak menjadi menyeronokkan jika ianya dilakukan bersama-sama. Anda boleh mencuba resepi-resepi baru dan dalam masa yang amalkan pemakanan yang seimbang.

04-Memasak

5. Membeli-belah dalam talian

Selain mengurangkan risiko untuk dijangkiti COVID-19, pembelian dalam talian juga mampu membantu ekonomi negara, terutamanya jika anda membeli dari pembekal tempatan.

05-Online-Shopping

Poster200420-AktivitiPKP-EDM-02

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!