Juadah Tradisional Dan Popular Sarawak

Negeri Sarawak bukan sahaja terkenal dengan adat dan budaya, malah makanan mereka juga unik dan cukup lazat untuk membuatkan anda cepat terliur. Sekiranya anda berpeluang menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan unik mereka.

1) Laksa Sarawak

Makanan paling popular di negeri ini ialah Laksa Sarawak di mana sambalnya terkenal dengan penggunaan ramuan tradisional bersama kuah yang dicampur dengan santan. Bihun menjadi bahan asas yang dihidangkan sekali bersama limau nipis, hirisan telur dadar, sambal pedas, hirisan ayam dan udang.

2) Mi Kolok

Mi kolok asalnya diperkenalkan oleh kaum Cina Sarawak yang kini terkenal di seluruh Sarawak kerana kelazatan dan kesesuaian untuk dimakan pada bila-bila masa. Mi seakan maggi ataupun mi sanggul dihidangkan dengan sup dan kicap serta hirisan daging atau ayam.

3) Umai

Makanan tradisional kaum Melanau yang mempunyai rasa masam, manis dan pedas sangat menyelerakan untuk dimakan bersama nasi. Bahan utama yang digunakan ialah ikan atau udang mentah diperap bersama jus limau nipis, bawang, cuka, garam dan cili.

4) Aiskrim Gula Apong

Gula Apong berbeza dengan Gula Melaka kerana ia diperbuat daripada nira nipah. Penggemar pencuci mulut jangan lepaskan peluang untuk makan aiskrim gula apong yang mempunyai tekstur lembut dan enak dimakan bersama salutan Oreo, kacang, Nestum dan lain-lain.

5) Kek Lapis

Kek Lapis Sarawak mempunyai keunikan sendiri dengan pelbagai corak, warna menarik dan rasa yang begitu mempesonakan. Tekstur kek yang lembab dengan nama unik seperti Kek Belacan, Lingkaran Buluh, Panah Asmara dan lain-lain sentiasa mendapat sambutan masyarakat. Tidak hairan harga kek lapis agak mahal kerana proses memasaknya memakan masa yang lama.

6) Manok Pansoh

Sejenis makanan di mana ayam dimasak dalam buluh bersama ramuan khas. Makanan tradisional masyarakat Iban mendapat perhatian orang ramai kerana proses memasak sama seperti lemang. Ia enak dimakan waktu tengahari bersama nasi.

7) Linut

Linut atau dikenali sebagai ambuyat ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada tepung sagu dan dimakan bersama sambal belacan. Tekstur linut agak likat kerana penggunaan sagu sebagai bahan utama tetapi jangan risau untuk menikmatinya, kerana ia dijamin sedap.

8) Lemantak

Sejenis makanan yang dihormati oleh masyarakat Sarawak kerana menjadi penyelamat mereka ketika penjajahan Jepun. Ia juga dikenali sebagai tumpik dan dimasak menggunakan tepung sagu yang dicampur dengan kelapa parut dan dicicah bersama gula apong.

9) Nasi Goreng Dabai

Nama yang unik ini pasti membuatkan anda berfikir apakah ini? Dabai ialah sejenis buah paling sedap dan hanya didapati di Sarawak secara bermusim. Nasi Goreng Dabai mempunyai rasa lemak sama seperti buah zaitun tetapi ia lebih lazat dimakan dengan pes dabai yang diawet.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!