Pembangunan Kemahiran Melalui Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Sistem Latihan Dual Nasional atau SLDN merupakan inisiatif Kerajaan yang mula dilaksanakan pada 19 Mei 2004. Pendekatan SLDN dapat meningkatkan pengeluaran tenaga mahir yang memenuhi kehendak semasa industri. Sistem latihan ini juga memberi pendedahan kepada perantis situasi kerja yang sebenar.

“Dual” bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu di:

  1. Tempat kerja sebenar yang merangkumi 70% latihan amali (praktikal)
  2. Pusat latihan yang merangkumi 30% pembelajaran teori (pengetahuan)

Bagi menyokong inisiatif ini, SPANCO secara rasmi telah diiktiraf sebagai Pusat SLDN pada tahun 2017. Pada tahun yang sama juga SPANCO telah menaja 10 perantis dari seluruh Semenanjung Malaysia, terdiri daripada mereka yang berada dalam kumpulan pendapatan isi rumah B40.

Kesemua perantis kini telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang Automotif Servis Selepas Jualan dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) sebagai rakan strategik (institusi) dan sehingga hari ini kesemua 10 perantis telah menjadi juruteknik sepenuh masa di SPANCO.

Bagi meneruskan komitmen SPANCO terhadap program ini, SPANCO sekali lagi menawarkan tempat yang sama kepada 10 perantis baru pada tahun 2020. Menurut Encik Zulfika Hamidon, Ketua Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran SPANCO, kumpulan kedua program SLDN ini mengaplikasikan format “Hired and Learn”, yang mana perantis telah ditawarkan kontrak pekerjaan bersama SPANCO dengan gaji minimum serta faedah- faedah lain.

Pada masa yang sama, perantis akan menjalani kursus SKM Tahap 3 – Automotif Servis Selepas Jualan selama lapan bulan.

Beliau juga menyatakan bahawa bagi memastikan kualiti dan kejayaan program SLDN kedua ini, SPANCO telah bekerjasama dengan Pusat Giat MARA bagi mendapatkan 10 pelajar terbaik mereka dalam bidang Automotif Servis Selepas Jualan (SKM) Tahap 2, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) sebagai rakan strategik institusi dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad atau “HDRF” sebagai penaja penuh pembelajaran perantis melalui “Strategic Initiatives Fund” mereka.

Kesemua 10 perantis telah mula berkhidmat di SPANCO sebagai juruteknik pada bulan Februari 2020 dan akan memulakan kursus Automotif Servis Selepas Jualan (SKM) Tahap 3 di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) pada bulan Mac 2020 sehingga bulan Oktober 2020 sambil bekerja.

Menurut Encik Zulfika lagi, SPANCO akan terus komited untuk melahirkan pekerja berkemahiran (K-Workers) bagi menyokong visi Kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!