7 Rumah Inap Menarik Di Sarawak

Sarawak adalah negeri yang kaya dengan keindahan alam semula jadi, kebudayaan dan tradisi yang sesuai untuk menjadikan ia sebagai tempat percutian bersama rakan dan keluarga. Kewujudan rumah inap memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati dan meneroka tradisi serta budaya yang terdapat di sesebuah tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Disebabkan populariti Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang ideal, kami menyenaraikan beberapa rumah inap yang memberi keselesaan kepada anda dengan menawarkan harga yang berpatutan.

1) Rumah Inap Patrick Libau

Anda kaki jungle trekking? Maka, rumah inap ini sangat sesuai untuk melakukan aktiviti kegemaran anda. Terletak berhampiran Gua Niah, memberi peluang untuk meneroka gua tertua serta melakukan aktiviti kebudayaan seperti ritual miring, tarian kaum Iban dan masakan tradisional yang disediakan oleh tuan rumah. Sebanyak 25 buah bilik di rumah panjang ini mampu menampung orang ramai dan sesuai untuk bonding time. Harga bermula daripada RM50 setiap malam.

Facebook: @homestaypatricklibau

2) Rumah Inap Yudan

Terletak kira-kira 7 kilometer dari lapangan terbang Ba’kelalan, rumah inap Yudan merupakan salah satu rumah inap yang terletak di kawasan tanah tinggi. Rumah papan biru muda, mempunyai 4 bilik yang luas dan dilengkapi dengan semua kemudahan am. Pemandangan yang menyejukkan mata di samping membaca buku, bermandi-manda di air terjun dan melawat tempat bersejarah adalah antara aktiviti menarik di sini. Harga bermula daripada RM76 bagi setiap malam.

Facebook: @homestayborneo

Wilson Bana Homestay is located in Po Ai, 30 minutes from Sri Aman, Sarawak.

3) Rumah Inap Wilson Bana

Rumah semi moden Wilson Bana menawarkan 6 bilik dengan memartabatkan warisan budaya mereka. Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan iaitu bersiar-siar pada waktu malam, mempelajari seni tenunan songket, tarian Ngajat, jungle trekking, demonstrasi memasak nasi dan ayam dengan kayu buluh dan sebagainya. Semua kemudahan am juga disediakan oleh tuan rumah dengan harga bermula daripada RM30 bagi setiap malam.

Pautan: Homestay Wilson Bana

Penawan Waterfalls Eco Park is located in the jungle, 30 minutes from Lawas town. It has more than 10 waterfalls in its area.

4) Penawan Waterfalls Eco Park

Keunikan Rumah Inap Penawan Waterfalls Eco Park ini memang menjadi buah mulut pelancong. Persekitaran yang dikelilingi oleh alam semula jadi khususnya air terjun menjadi tarikan utama pengunjung. Wildlife trekking dan berkelah adalah antara aktiviti yang boleh anda lakukan di samping menikmati makanan istimewa seperti ikan tahai dan nasi bakelalan bersama keluarga. Rumah Penawan mempunyai 6 bilik dengan kos setiap malam bermula daripada RM150.

Facebook: @penawanwaterfall

5) Rumah Inap Tarawe

Rumah Inap Tarawe di Bario terletak pada ketinggian 100 meter dari paras laut. Mendaki di kawasan sekitar dan melakukan aktiviti lain seperti memancing, berbasikal, berkayak, bersiar-siar di waktu malam dan melawat muzium merupakan kegemaran pelancong. Ia mempunyai 6 bilik dengan harga bermula daripada RM50.

Google: @tarawehomestay

Rumah Richard Homestay is located in Kapit, 10 minutes from Bandar Kapit. 3 hours from Sibu by boat.

6) Rumah Inap Richard

Merancang hari keluarga tetapi sukar mencari penginapan yang sesuai? Jangan risau, Rumah Inap Richard mampu meringankan beban anda dengan menawarkan 20 buah bilik yang selesa untuk anda. Taman rekreasi, air terjun, sungai, tempat memasak dan aktiviti kebudayaan lain dapat anda nikmati sepanjang penginapan anda. Tunggu apa lagi, cepat tempah sebelum terlewat. Harga bermula daripada RM50 bagi setiap malam.

Telefon: +6013 823 1426

Giam Homestay is located 40 minutes from Kuching, Sarawak.

7) Rumah Inap Giam

Makan sambil menikmati pemandangan yang indah adalah impian semua orang. Rumah Inap Giam yang terletak 40 kilometer dari Kuching mempunyai sungai Sarawak di belakang rumah yang memberi pemandangan menarik. Tarian dan makanan tradisional tuan rumah adalah aktiviti yang disediakan oleh mereka dengan menawarkan 3 bilik bersama kemudahan seperti televisyen, penghawa dingin, peralatan memasak dan lain-lain. Harga bermula daripada RM200 bagi setiap orang.

Google: @giamhomestay

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!