Keistimewaan Proton X70 – ‘Hi Proton’

Kereta Proton X70 merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama dikeluarkan oleh PROTON yang menjadi pencetus perubahan dalam dunia automotif negara. Sejak diperkenalkan ke pasaran tempatan, ia telah menarik perhatian masyarakat dan menjadi buah mulut ramai. Bukan sekadar kereta yang mempunyai arahan suara, malah ia mempunyai reka bentuk yang canggih, kabin yang lapang dan selesa.

Enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) yang menghasilkan kuasa 181 hp dan tork 285Nm pada 1,500 rpm terdapat dalam kereta Proton X70 dengan harga yang kompetitif bersama pakej yang menarik juga adalah antara kehebatan kereta baru ini. Dengan ini, berikut adalah beberapa ciri lain yang terdapat dalam kereta X70.

SISTEM MAKLUMAT KOKPIT BERSEPADU (GKUI)

Selain mempunyai perincian varian seperti material kerusi, warna, aksesori, 6 slot USB dan beberapa ciri keselamatan yang lain, Proton X70 mendapat perhatian tinggi bagi sistem baru yang diperkenalkan oleh mereka. Pihak syarikat Proton bersama syarikat China -Zhejiang Geely Holding Group (Geely) telah bekerjasama memperkenalkan Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu yang juga dikenali sebagai GKUI.

Ia merupakan satu sistem yang menawarkan pelbagai fungsi kepada pengguna melalui aplikasi serta mereka dapat kekal berhubung dengan kereta melalui telefon pintar yang beroperasi dalam OS Android.

Dengan adanya kad eSIM, sistem infotainmen GKUI mempunyai lima aplikasi yang menawarkan perkhidmatan utama seperti radio atas talian, muzik atas talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara. Terdapat skrin sentuh yang bersaiz 8 inci dengan paparan warna penuh 1280 x 720 serta dilengkapi ruang memori dalaman sebanyak 16GB yang menjadi akses kepada aplikasi dan fungsi-fungsi lain. Sistem ini mempunyai sambungan Wi-Fi dalam kereta X70 yang memudahkan penumpang bagi menggunakan hotspot mudah alih.

APLIKASI PROTON LINK

Selain itu, melalui penggunaan aplikasi Proton Link, pengguna X70 dapat mengawasi kedudukan kereta mereka. Bagi proses ini, pengguna dikehendaki memadankan keretanya dengan aplikasi alat mudah alih menerusi Proton Link dengan menggunakan identiti peribadi yang dikhaskan untuk setiap pemilik.

Aplikasi ini juga dapat membantu pemilik kereta untuk mendapatkan maklumat mengenai jarak perjalanan, penggunaan bahan api, maklumat servis berkala, baki petrol, purata halaju semasa, tekanan minyak pelincir, baki data Internet semasa dan tempoh perjalanan kereta.

Lebih menarik dalam penggunaan aplikasi ini ialah, pengguna dapat mencari kereta jika ia hilang atau anda lupa di mana tempat parkirnya melalui fungsi ‘cari kereta saya’. Senang bukan?

SISTEM KAWALAN SUARA ‘HI PROTON’

Dengan wujudnya teknologi perisian pengecaman suara, kita dapat memberi arahan secara lisan kepada sistem kereta X70. GKUI juga telah memudahkan proses ini dengan sistem yang mampu mengesan suara orang. Konsep ‘Hi Proton’ membolehkan anda berhubung dengan sistem kereta di mana ia menolong anda mengendalikan tingkap kereta dan penyaman udara, memainkan lagu, menghubungi orang, meramal cuaca, navigasi dan sebagainya.

Akses kepada sistem ini diberikan kepada pemilik kenderaan dengan menyebut ‘Hi Proton’ yang memberi pelbagai pilihan yang boleh dikawal melalui arahan lisan sahaja.

KEMUDAHAN KESELAMATAN

  • Enam beg udara SRS
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Pengagihan Brek Elektronik (EBD)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Menuruni Bukit (HDC)
  • Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Amaran Pelepasan Laluan (LDW)

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!