Kepentingan Penjagaan Suspensi Kereta

Kita sering memandu kereta tanpa memberi perhatian terperinci kepada kenderaan atas sebab-sebab tertentu. Setiap bahagian kereta mempunyai fungsi sendiri yang memainkan peranan untuk menggerakkan kenderaan. Salah satu bahagian kereta yang ingin disentuh kali ini ialah sistem gantungan atau suspensi kereta. Ia merupakan sistem spring, sistem tayar, penyerap hentakan dan sambungan mekanikal yang menghubungkan kenderaan dengan rodanya serta membenarkan pergerakan selesa.

Antara tujuan utama suspensi kereta ialah ia membantu pengendalian dan pemberhentian kereta sebagai satu sistem keselamatan dan memberi keselesaan kepada pemandu. Ia juga mengekalkan kedudukan roda, memberikan penumpang keselesaan daripada bunyi bising jalan, bonggol dan getaran.

Selain itu, suspensi kereta yang baik turut memberi keselesaan ketika memandu di mana ia memudahkan pengendalian bagi kawalan stereng lebih stabil. Bagi mengekalkan prestasi
suspensi kereta, beberapa aspek penjagaan perlu dititikberatkan supaya ia berfungsi dengan baik untuk jangka masa panjang.

PEMERIKSAAN TAYAR

Salah satu komponen suspensi kereta yang perlu diberi perhatian dan pengawasan secara kerap ialah tayar kereta. Segelintir daripada kita tidak menganggap tayar sebahagian daripada suspensi kereta yang secara relatifnya merupakan komponen paling penting dalam kenderaan. Ia memberikan daya tarikan untuk pecutan, menyerap hentakan dan gegaran antara roda dan permukaan jalan.

Oleh itu, sentiasa periksa keadaan tayar dari segi tekanan angin dan penyelenggaraan biasa iaitu membuat imbangan dan jajaran roda. Tekanan angin yang cukup pada keempat-empat tayar akan menyebabkan ia bertahan lama berbanding tayar yang mempunyai tekanan angin kurang atau terlebih.

PENJAJARAN RODA

Bagi memberi kawalan yang maksimum dan membenarkan semua roda berpusing dengan betul dan sempurna ketika memandu, ia perlu berada dalam keadaan yang baik. Suspensi kereta boleh rosak jika berlaku pelanggaran pada objek atau lubang di atas jalan secara kerap.

Walaupun tidak dapat mengelakkan berlakunya keadaan ini, kita perlu sentiasa berwaspada ketika memandu demi menjaga sistem gantungan kereta supaya ia berada dalam keadaan baik serta berupaya mengekalkan jangka hayatnya.

Sekiranya pergerakan tayar kereta anda tidak betul, maka penjajaran roda perlu dilakukan termasuk dengan mengetatkan komponen suspensi depan dan belakang kereta

MINYAK STERENG

Sekiranya anda menggunakan stereng kuasa hidraulik, jangan lupa untuk periksa minyak stereng secara berkala. Ia adalah bagus untuk memerhati tahap cecair dan kekuatan tali pada setiap penukaran minyak atau setiap 50,000km.

Tali yang tergelincir atau paras cecair yang rendah boleh merosakkan komponen stereng dan ia boleh mengakibatkan kereta anda tidak selamat untuk dipandu.

Selain itu, digalakkan untuk menukar minyak stereng pada setiap perjalanan 30,000km atau lebih. Pemandu kereta jangan lupa untuk sentiasa mengawasi perjalanan kereta anda.

PENYERAP HENTAKAN

Penyerap hentakan atau shock absorber mempunyai fungsi untuk membantu mengawal pergerakan spring dan suspensi kenderaan bagi meminimumkan gegaran dan lantunan. Pemeriksaan keadaan penyerap hentakan setiap 3 tahun atau 36,000km – bergantung kepada jenis kereta, adalah digalakkan bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.

Sentiasa pastikan tiada kebocoran minyak pada penyerap hentakan kerana ia memerlukan gantian atau boleh menyumbang kepada kerosakan komponen suspensi lain.

PERIKSA PERGERAKAN KERETA

Bagi memeriksa suspensi kereta berada dalam keadaan baik, pemeriksaan pergerakan kereta perlu dilakukan sebagai langkah manual untuk mengetahui masalah kereta. Pandu kereta anda dengan menurunkan tingkap dan tanpa memasang radio bagi mengesan sebarang bunyi dari kawasan roda apabila anda melepasi bonggol.

Sekiranya anda mendengar bunyi yang mencekik apabila kereta anda melantun maka penyerap kejutan mungkin mempunyai masalah. Selain itu, jika kereta anda sering ke tepi walaupun anda memandu secara lurus, maka tayar kereta anda mengalami masalah. Dengan ini, pengesanan awal boleh dilakukan serta mampu mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih serius.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!